Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bersih, C4, 110 NGO mahu Switzerland pulangkan RM433 juta dana 1MDB

 | November 23, 2017

Kumpulan hak asasi melancarkan kempen mendesak pihak berkuasa Switzerland menyerahkan wang kepada rakyat biasa dan bukan kepada kerajaan.

Cynthia-Gabriel_1mdb_newPETALING JAYA: Bersih 2.0, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma (C4) dan 110 NGO tempatan lain hari ini melancarkan kempen mendesak kerajaan Switzerland memulangkan 104 juta Swiss francs (RM433 juta) kepada “rakyat biasa” di Malaysia.

Dana yang dikaitkan dengan pelaburan 1MDB itu dirampas daripada bank-bank di Switzerland oleh pihak berkuasa negara itu yang menyiasat dakwaan pengubahan wang.

“Kami mahu rakyat tahu mengenai wang itu dan kami boleh dapatkannya semula. Walaupun hanya dapat 50% wang itu, ia dianggap satu kejayaan,” kata Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel.

Beliau menambah kumpulan itu memohon kerajaan Switzerland bekerjasama dengan yayasan bebas untuk menyalurkan wang itu kepada rakyat, dan bukan kepada kerajaan.

Kempen dilancarkan pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Bersh 2.0 Maria Chin Abdullah dan ahli jawatankuasa pemandu Bersih Global, Ivy Josiah.

Menurut Josiah, undang-undang Switzerland membenarkan pihak terkilan atau negara mendapatkan semula wang itu.

“Undang-undang Switzerland membenarkan pihak terkilan atau negara mendapatkan semula wang yang diubah, bagi menambahbaik kehidupan rakyat di negara asal.

“Ini memberikan ruang kepada kami untuk menuntut semula wang kita dan diserahkan kepada rakyat,” katanya, dan menambah mereka sudah menghantar surat kepada kerajaan Switzerland berhubung perkara itu dan sedang menunggu respon mereka.

Maria berkata wang itu tidak boleh dipulangkan kepada kerajaan Malaysia kerana mangsa sebenar adalah rakyat.

“Mereka bukan ‘mangsa’ 1MDB tetapi sebaliknya didakwa terlibat dalam perkara itu,” katanya menyeru siasatan ke atas 1MDB tidak dihentikan.

Ketika ditanya sama ada kumpulan itu sedia melalui usaha mengambil semula dana itu yang mungkin mengambil masa bertahun, Maria berkat mereka bersedia.

“Kita tidak boleh benarkan wang kita begitu sahaja dan sebab itu kita cuba lakukan sesuatu sekarang ini,” katanya.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber pada April dilaporkan berkata ada kemajuan dalam siasatan ke atas 1MDB walaupun pihak berkuasa Malaysia enggan bekerjasama.

“Masih ada harapan,” katanya menurut laporan Reuters.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments