Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Harimau Malaya akan bangkit 10 tahun lagi, kata menteri

 | November 23, 2017

Ramai pelapis berusia antara 7 hingga 17 tahun masih dalam tempoh latihan intensif dan pendedahan jangka panjang, kata menteri.

khairy-harimauKUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan masa sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum pasukan bola sepak negara bangkit semula memberi saingan di peringkat antarabangsa, kata menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata tempoh masa itu difikirkan bersesuaian memandangkan ramai pemain pelapis berusia antara 7 hingga 17 tahun masih dalam tempoh latihan intensif dan pendedahan jangka panjang melalui program seperti Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

“NFDP mempunyai 21,000 pemain…saya jangkakan 10 tahun lagi sebelum kita dapat menyaksikan kebangkitan semula pasukan negara,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Pembekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi KBS pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai gejala radikalisme dalam kalangan belia, Khairy berkata isu tersebut harus ditangani menerusi kerjasama KBS, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pendidikan melalui Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan RUU Pembekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu selepas dibahaskan 4 Ahli Parlimen.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung semula Isnin ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments