Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hidup penyanyi jalanan semakin mencabar kerana pengemis

 | November 23, 2017

Agatha Yu Sin yang berkelainan upaya kesal beliau kerap dikaitkan dengan pengemis walaupun beliau hanya mencari rezeki halal dengan menghiburkan orang ramai.

Agatha Yu Sin yang berkelainan upaya mencari rezeki dengan menghiburkan orang ramai.

Agatha Yu Sin yang berkelainan upaya mencari rezeki dengan menghiburkan orang ramai.

KUALA LUMPUR: Kehilangan sebelah kaki dalam satu kemalangan ketika berumur 16 tahun tidak menjadi penghalang untuk Agatha Yu Sin meneruskan hidup, sebaliknya beliau menjadikan perkara itu pembakar semangat untuk hidup sebaiknya.

Selepas kemalangan itu, tidak mudah bagi Agatha mencari nafkah kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran dengan keadaan dirinya sebegitu.

Walaupun berkelainan upaya, Agatha yang kini berusia 35 tahun, hidup tabah dan berdikari untuk membina kerjaya dalam industri acara yang mana persekitarannya tidak begitu mesra kepada mereka dengan kelainan upaya.

Agatha Yu Sin menjadi penyanyi jalanan demi mencari nafkah dan untuk membayar bil rawatannya.

Agatha Yu Sin menjadi penyanyi jalanan demi mencari nafkah dan untuk membayar bil rawatannya.

Beliau kemudiannya didiagnos dengan neuropati periferal (keadaan disebabkan oleh kerosakan saraf yang sepatutnya membawa mesej antara otak dan saraf tunjang) dan terpaksa berhenti kerja sebagai seorang pengurus acara.

Beliau ketika itu perlukan duit untuk makan minum dan untuk membayar bil rawatannya. Tidak dilupakan, juga untuk mengirim sedikit wang kepada ibunya di Pulau Pinang.

Dengan bakat bermain gitar dan minat dalam nyanyian, Agatha memilih untuk menjadi seorang penyanyi jalanan, membuat persembahan di hadapan Berjaya Times Square di Jalan Imbi.

Agatha Yu Sin di tempat biasanya berdekatan kompleks beli-belah Berjaya Times Square.

Agatha Yu Sin di tempat biasanya berdekatan kompleks beli-belah Berjaya Times Square.

“Saya sudah menyanyi di sini agak lama, tetapi saya sedih melihat sesetengah rakyat Malaysia mengaitkan penyanyi jalanan dengan pengemis. Tidak seperti pengemis, sekurang-kurangnya penyanyi jalanan menyediakan khidmat dan menghiburkan orang ramai,” kata Agatha.

Beliau menceritakan bagaimana beliau ditegur oleh seorang pemilik trak makanan berdekatan kawasan di mana beliau biasa menyanyi hanya kerana beliau meminta sesetengah pengemis berada jauh sedikit daripadanya.

Katanya, beliau sudah 2 tahun menjadi penyanyi jalanan di situ dan ramai pengemis berkeliaran di kawasan sama.

Pengemis berlengah-lengah di kawasan Jalan Imbi di mana Agatha Yu Sin selalunya menyanyi.

Pengemis berlengah-lengah di kawasan Jalan Imbi di mana Agatha Yu Sin selalunya menyanyi.

“Saya pernah diludah dan ditumbuk oleh sesetengah pengemis dan kerana itu saya takut jika mana-mana pengemis menghampiri saya. Sebab itulah saya meminta mereka berada jauh sedikit daripada saya secara baik.”

“Bagaimanapun, pemilik trak makanan itu menyoal saya mengapa pengemis-pengemis itu tidak boleh berada di sini? Mereka juga seperti saya, mahu ‘cari makan’,” kata Agatha.

Beliau kesal dengan pemilik trak makanan itu yang mengatakan seolah-olah “mengemis” satu profesion dan pengemis patut dibenarkan mengemis di mana sahaja mereka mahu dan ianya tidak salah di sisi undang-undang untuk mengemis.

“Dia (pemilik trak makanan) tahu saya trauma dengan pengemis kerana pernah hadapi masalah dengan mereka tetapi dia tetap menuduh saya memarahi pengemis itu walaupun saya tidak pernah memarahinya,” katanya kepada FMT.

“Saya fikir seorang manusia bermaruah tidak akan mengemis untuk mencari nafkah. Menyedari perkara itu, saya biasanya hanya meninggalkan mereka dan teruskan sahaja dengan nyanyian saya,” katanya sambil menambah beliau sudah banyak melihat ramai pengemis berdekatan kawasan itu yang kelihatan sihat.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments