Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Nigeria lulus RM5.23 juta ambil pakar Malaysia pulih ekonomi

 | November 23, 2017

Identiti kumpulan pakar ekonomi itu tidak didedahkan, tetapi mereka dikatakan pernah membantu memulihkan ekonomi Malaysia dan mereka hanya membantu kerajaan Nigeria di peringkat permulaan.

malaysia_pakar_ekonomi_600

PETALING JAYA: Kerajaan Nigeria dilapor meluluskan peruntukan ₦458 juta (RM5.23 juta) untuk mengambil sekumpulan perunding Malaysia bagi menyelamatkan ekonomi negara itu.

Akhbar Daily Trust melaporkan peruntukan yang diluluskan Majlis Eksekutif Persekutuan Nigeria, Rabu lalu dipertikaikan pelbagai pihak.

Menteri Bajet dan Perancangan Nasional Nigeria, Udoma Udo Udoma yang mendedahkan perkara itu selepas mesyuarat Kabinet berkata, kumpulan pakar itu akan mengenal pasti pihak berkepentingan relevan dalam sektor awam dan swasta untuk membantu pelaksanaan Pelan Pertumbuhan dan Pemulihan Ekonomi (ERGP).

Katanya, mereka diberi tempoh 13 minggu untuk menjalankan kajian ke atas sektor pertanian, pengangkutan, pembuatan dan pemprosesan serta tenaga dan gas.

Tanpa mendedahkan identiti kumpulan itu, beliau berkata, perunding ekonomi berkenaan pernah melakukan perkara sama di Malaysia dan mereka hanya membantu di peringkat permulaan, sebelum Nigeria mengambil alih dan meneruskan tahap seterusnya.

Sementara itu, Gabenor Negeri Ekiti, Ayodele Fayose berkata, langkah itu menunjukkan kerajaan langsung tidak tahu menyelesaikan krisis ekonominya dan Presiden, Muhammadu Buhari serta pemimpin lain mengakui mereka tidak mampu mentadbir negara sendiri.

“Tindakan kerajaan persekutuan itu ialah undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Muhammadu Buhari dan pakar ekonomi negara.”

Beliau turut menyifatkan tindakan membayar perunding asing untuk memulihkan ekonomi Nigeria sebagai memalukan memandangkan negara itu mempunyai ramai pakar ekonomi termasuk Presiden Bank Pembangunan Afrika, Dr Akinwumi Adesina serta Naib Presiden merangkap Bendahari Bank Dunia, Arunma Oteh.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments