Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pasukan elit payung terjun kini elemen tetap di Sabah

 | November 23, 2017

10 Briged Paratrooper digerakkan ke Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah untuk menangani ancaman keselamatan.

army-parachute-2KOTA BELUD: 10 Briged (Para) adalah ketumbukan Pasukan Aturgerak Cepat Tentera Darat yang bersiap sedia menjaga keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (EssZone) untuk menangani sebarang ancaman keselamatan seperti pencerobohan militan Sulu 2013 di Lahad Datu, Sabah.

10 Bgd (Para) yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka telah turut diaturgerakkan ke Sabah bagi menangani konflik bersenjata di Kampung Tanduo.

“Sebagai Pasukan Aturgerak Cepat, kehadiran kami dirasai di pantai timur Sabah untuk menjaga keselamatannya,” kata Panglima 10 Bgd (Para) Brig Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini.

“Ketumbukan Bgd ini  sebilang masa berada di pantai timur Sabah dan berkerjasama dengan formasi tentera darat yang lain di kawasan EssZone ini. Jika berlaku sebarang kecemasan, kami adalah ketumbukan yang pertama akan  diaturgerakkan.

“Sebagai responder pertama, kami akan segera diaturgerakkan ke kawasan terancam tidak kira melalui darat, laut dan udara, seiring dengan slogan ‘tiada misi terlalu sukar, tiada pengorbanan terlalu besar, tetap tugas di utamakan’.

“Kalau ada serangan ke atas kepentingan strategik, sebagai responder pertama, kami akan menyelinap masuk ke kawasan itu melalui udara, helikopter dan laut.

“Pembabitan aktif di pantai timur Sabah di bawah Angkatan Tugas Bersama yang berpengkalan di Tawau dan EssCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah).”

army-parachute-1

Ketumbukan elit itu bersedia menghadapi peperangan dalam bandar seperti pertempuran bandar Marawi di selatan Filipina oleh kumpulan pro-IS yang telah berakhir pada bulan lepas.

Tentera Filipina, yang sebahagian besarnya terlatih dalam perang konvensional, dilaporkan tidak dilatih untuk peperangan dalam bandar dan terpaksa mendapatkan bantuan ketenteraan dari negara luar bagi menawan semula kawasan itu selepas 5 bulan bertempur.

Penembak hendap dan bom buatan sendiri yang diletakkan secara strategik antara faktor yang menghalang kemaraan pasukan keselamatan di Marawi.

Menurut laporan, tentera udara dan darat Filipina tidak pernah mengadakan latihan peperangan dalam bandar secara bersama, yang dikatakan penyebab kejadian mengebom rakan sendiri di Marawi.

Pegawai tenteranya berkata, militan yang dianggarkan seramai  1,000 orang telah melaksanakan peperangan dalam bandar pada awalnya membingungkan tentera Filipina.

“Pengganas menggunakan taktik pertempuran yang kerap berlaku di Timur Tengah,” kata Ketua Tentera Amerika Syarikat di Pasifik Laksamana Harry Harris semasa forum keselamatan di Singapura bulan lepas.

Tentera Udara DiRaja Malaysia berkata peperangan dalam bandar seperti di Marawi akan dimasukkan ke dalam doktrin pertempuran mulai tahun depan.

“Sebahagian daripada modul latihan kami meliputi pertempuran dalam kawasan terbina, jadi tentera kami terlatih dalam pertempuran dalam bandar,” kata Fauzi.

“Kita boleh mendarat, berkumpul dan menjalankan tugas secara berpasukan. Pasukan khas seperti komando hanya melaksanakan operasi khusus dalam kumpulan kecil, tetapi kami juga turut didedahkan dengan taktik pasukan khas.

“Kami boleh menjalankan misi operasi  konvensional yang berskala besar dan juga melaksanakan operasi khas.

“Kami telah dilatih dalam peperangan dalam bandar. Di kem Terendak, kami melaksanakan latihan peperangan dalam bandar (OBUA) secara agresif dan sentiasa membuat latihan mengikut perkembangan semasa.”

Terdahulu, panglima 10 Bgd (Para) menyaksikan latihan terjunan anggota payung terjun dari ketinggian 1,000 kaki yang melibatkan seramai 210 anggota yang digugurkan dari 3 pesawat C130 Hercules TUDM.

“Dalam latihan seperti ini, kami dilatih untuk melakukan penerjunan untuk menawan kawasan berkepentingan strategik dan taktikal.”

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments