Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pembekuan hartanah mewah untuk stabilkan pasaran, kata Johari

 | November 23, 2017

Pembekuan itu berkuat kuasa selepas Bank Negara Malaysia melaporkan negara mempunyai rekod tinggi unit kediaman tidak terjual, terutamanya bagi kategori di atas RM250,000.

johari-pembangunanKUALA LUMPUR: Langkah kerajaan membekukan pembangunan mewah mulai 1 November 2017 merupakan tindakan campur tangan untuk menstabilkan pasaran.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pembekuan itu adalah sementara bagi mengurangkan lebihan penawaran hartanah di pasaran.

“Kita perlu membuat semakan mengenai perkara ini dan sebaik sahaja segala-galanya menjadi normal, sampai ke tahap munasabah, saya yakin kita tidak akan membekukannya.

“Anda tidak boleh membandingkan kita dengan pasaran lain di dunia kerana semua orang mempunyai keunikan menjaga ekonomi mereka sendiri. Tidak adil untuk membandingkan kita (dengan mereka),” katanya selepas pelancaran produk inovatif sewa untuk miliki Maybank Islamic Bhd, HouzKEY.

Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, Ketua Perbankan Global Maybank, Datuk Muzaffar Hisham dan CEO Maybank Islamic Bhd, Datuk Mohamed Rafique Merican.

Johari berkata kerajaan masih belum menerima maklum balas daripada persatuan pemaju hartanah mengenai langkah itu.

“Kami belum menerima maklum balas daripada mereka… apa sahaja mereka mahu mengubah berhubung langkah ini, saya rasa mereka juga menyedari bahawa (lebih daripada) 130,000 unit, yang siap dan sedang dibina, kini tidak terjual,” katanya.

Johari berkata institusi kewangan juga enggan menawarkan pembiayaan bagi unit kediaman mewah.

Kerajaan, melalui keputusan Kabinet, telah memutuskan untuk membekukan kelulusan baru bagi pembangunan pusat membeli-belah, pejabat, kondominium mewah dan pangsapuri berperkhidmatan berharga lebih RM1 juta dan ke atas.

Pembekuan itu berkuat kuasa selepas Bank Negara Malaysia melaporkan negara kini mempunyai rekod tinggi unit kediaman yang tidak terjual, terutamanya bagi kategori di atas RM250,000.

Menurut bank pusat, jumlah unit tidak terjual pada suku pertama tahun 2017 adalah 130,690 unit.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments