Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Speaker tegur wakil rakyat Amanah kaitkan isu agama dengan politik

 | November 23, 2017

Pandikar Amin Mulia memberi amaran keluar dewan kepada Khalid Samad selepas mencelah ketika Asyraf Wajdi Dusuki membincangkan isu agama dan atheis.

DEWAN RAKYAT

pandikar_khalid-samad_parliment_600

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur ahli parlimen Shah Alam kerana mengganggu aturan mesyuarat dan kerap mencelah semasa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan jawapan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Semasa sesi yang sedang membincangkan isu agama dan perkembangan kumpulan atheis dalam negara, Khalid Abd Samad (Amanah-Shah Alam) mencelah membangkitkan beberapa perkara berupa dakwaan mengaitkan agama dan politik.

Tindakan Khalid yang kerap mencelah dan tidak memberi peluang kepada Asyraf Wajdi untuk terus menjawab mengundang kemarahan Pandikar, seterusnya memberi amaran untuk mengarahkan Khalid keluar dewan sekiranya masih terus berdegil.

“Saya yang menimbang sama ada apa yang dihujah itu melanggar peraturan atau tidak. YB Shah Alam tadi cakap, saya teliti, tetapi dihujung hujah dikaitkan politik daripada agama.

“Apabila menteri beri jawapan, bermakna hujah yang dipolitikkan terpaksa dijawab dengan politik,” kata Pandikar.

Asyraf kemudian berkata beliau terpaksa menjawab secara politik kerana tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan oleh pembangkang adalah tidak berasas.

“Walaupun Islam adalah agama persekutuan namun Islam agama yang adil dan mengiktiraf kebersamaan, selain meraikan kepelbagaian agama di negara ini. Tiada dalam dunia mana-mana agama yang ada patung Buddha terbesar di Asia, patung Hindu terbesar di Asia tetapi kita tidak pernah mengalami pemberontakan dan ketidakpuasan hati kerana Islam yang dibawa Barisan Nasional tidak pernah mendiskriminasi sesiapa,” katanya.

Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) mengenai perkembangan Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur, Asyraf Wajdi berkata ideologi itu adalah bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Jelasnya, Perlembagaan juga menyatakan kerajaan boleh mengadakan apa-apa peruntukan undang-undang untuk menyekat doktrin atau pemahaman yang menggangu gugat agama Islam.

“Bagi bukan Islam, ia bercanggah dengan undang-undang ketenteraman awam dan kemoralan dan sekiranya ada pihak cuba sebar ideologi seperti Atheis yang cuba menyangkal kesucian agama-agama lain, ia boleh diambil di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Malaysia bebas beragama tetapi ateisme tiada tempat, kata timbalan menteri


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments