Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Malaysia nafi akan import ayam, itik dari Indonesia

 | November 24, 2017

Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkata tiada keputusan di buat ketika mesyuarat awal minggu ini.

import-ayam-itik-veterinarPETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini menafikan laporan media Indonesia yang Malaysia meluluskan pengimportan ayam atau itik dari negara itu.

Sebaliknya, perkara itu hanya disebut dalam perbincangan berkaitan isu import dan eksport produk haiwan antara jabatan itu dan Perkhidmatan Ternakan Indonesia (DGLS) di Putrajaya pada awal minggu ini.

“Semasa pertemuan itu ketua pengarah DGLS menyatakan hasrat mereka untuk mengeksport anak ayam kampung dan anak itik ke Malaysia.

“Manakala ketua pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia tidak membuat apa-apa keputusan mahupun bersetuju dengan cadangan itu,” menurut kenyataan JPV.

Rabu lalu, FMT memetik Jakarta Post melaporkan Malaysia merancang untuk mengimport ayam dan itik dari republik itu dengan perolehan bermula awal tahun depan.

Laporan itu juga berkata kerajaan bersetuju dengan tawaran tersebut dan pihak pengimport dari Malaysia akan membuat perolehan bermula suku pertama tahun depan.

Turut dilaporkan kerajaan akan menghantar wakil bagi menjalankan pemeriksaan terhadap ladang-ladang ayam dan itik di Indonesia bagi memastikan kepatuhan kepada “World Organisation for Animal Health” serta “Good Breeding Practices”.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments