Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPAD: Adu salah laku bas, teksi melalui MeterOn

 | November 24, 2017

SPAD menggalakkan penumpang membuat laporan pelanggaran undang-undang melibatkan pengusaha bas dan pemandu melalui aplikasi MeterOn melalui telefon pintar.

bus-meter-onKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggalakkan pengguna perkhidmatan bas membuat laporan pelanggaran undang-undang melibatkan pengusaha bas dan pemandu melalui aplikasi MeterOn melalui telefon pintar.

Ketua Pegawai Operasinya Qamar Wan Noor berkata penumpang bas ekspres serta bas berdaftar di bawah SPAD kini boleh menggunakan aplikasi MeterOn untuk membuat aduan terus kepada SPAD.

“Penumpang bas kini boleh memuat turun aplikasi MeterOn bagi telefon pintar iOS dan Android untuk membolehkan mereka menyemak status syarikat bas ekspres atau terus melapor sebarang kesalahan di bawah bidang kuasa SPAD.

“Suruhanjaya tidak teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang kepada pengendali (bas dan teksi) yang didapati cuai dalam pengurusan operasi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya aplikasi yang diperkenalkan sejak April 2015 itu sebelum ini hanya melibatkan penumpang teksi untuk mereka membuat aduan.

Dalam pada itu, Pengurus Jabatan Pengurusan Aduan SPAD Shahridan Abdul Aziz berkata sejak diperkenalkan, sejumlah 35,000 pengguna memuat turun aplikasi itu.

“Setakat ini, kita menerima 1,821 aduan melalui MeterOn dan kebanyakan aduan melibatkan kes tata kelakuan pemandu taksi dan bas selain daripada aduan lebih had laju,” katanya.

Menurutnya melalui aplikasi itu pengguna bas boleh membuat aduan syarikat bas yang melanggar peraturan selain mendapatkan beberapa maklumat lain berkaitan perjalanan dan destinasi bas terbabit melalui nombor pendaftaran bas.

Sementara itu, bersempena musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu, SPAD akan membuat penguatkuasaan 24 jam dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan pihak berkuasa lebuh raya.

Operasi bermula hari ini hingga 26 November bersempena cuti persekolahan dan 22 Disimber hingga 2 Januari 2018 bersempena perayaan Krismas serta sambutan tahun baharu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments