Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Suami tak suka saya bertudung, kata Siti Hasmah

 | November 24, 2017

Isteri bekas perdana menteri itu berkata beliau memahami dasar larangan tudung untuk staf hotel.

siti_hasmah_hijabnKUALA LUMPUR: Tun Dr Siti Hasmah Ali, isteri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini enggan memberi pandangannya mengenai perdebatan mengenai pemakaian tudung di hotel, tetapi mendedahkan suaminya tidak suka beliau bertudung.

“Saya rasa kamu sedang menyoal orang yang salah kerana saya tidak bertudung. Sejak awal sehingga sekarang saya tidak bertudung,” katanya apabila diminta untuk mengulas berhubung kontroversi melibatkan dasar persatuan hotel melarang pemakaian tudung dalam kalangan kakitangan.

“Suami saya larang saya bertudung. Jika mahu memakai tudung, perlu minta kebenaran suami,” tambahnya.

Katanya, sekembalinya dari Mekah, beliau pernah teringin memakai tudung.

“Jadi, saya memakai tudung untuk ambil berkat. Dia sampai palingkan mukanya,” kata Siti Hasmah yang ketika itu menghadiri simposium wanita.

Bagi Siti Hasmah, larangan staf di kaunter hadapan hotel untuk bertudung perlu dipatuhi sekiranya ia sebahagian daripada dasar majikan.

“Hotel-hotel ini mempunyai peraturan tersendiri. Mereka mahu melindungi perniagaan mereka sama seperti tempat lain, ia benar-benar bergantung jika kamu mahukan pekerjaan itu atau tidak,” katanya.

Katanya, ia mungkin lahir daripada rasa kurang selesa sesetengah pelancong dari Barat selepas pengalaman melibatkan umat Islam di sana.

“Di hotel, terdapat ramai pelancong dan mereka mungkin akan berasa janggal dikelilingi mereka yang bertudung kerana mungkin sesuatu pernah berlaku yang melibatkan pemakai tudung, terutamanya mereka dari Eropah, lihat sahaja Perancis.”

Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) baru-baru ini dikecam kerana mempertahankan dasar larangan tudung untuk kakitangan yang bertugas di kaunter hadapan.

Pemimpin kerajaan dan pembangkang serta aktivis hak asasi manusia menentang dasar itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments