Najib terkejut 235 maut dalam serangan masjid di Mesir
Sekurang-kurangnya 235 jemaah yang sedang menunaikan solat Jumaat terbunuh, manakala 100 lagi cedera dalam serangan pengganas di Masjid al-Rawda, utara wilayah Sinai itu.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat terkejut dengan serangan keganasan terhadap sebuah masjid di Mesir pada Jumaat yang mengorbankan 235 jemaah.
“Amat terkejut dengan serangan ke atas jemaah yang tidak bersalah di Masjid al-Rawda, Mesir. Ingatan dan doa saya bersama-sama mangsa dan anggota keluarga tersayang mereka,” kata Najib dalam catatan di Twitter beliau hari ini.
Media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 235 jemaah terbunuh, manakala 100 lagi cedera dalam serangan pengganas di masjid utara wilayah Sinai itu yang menyasarkan jemaah menunaikan solat Jumaat.
Menurut laporan media tempatan (seperti dipetik Al-Jazeera), penyerang meledakkan bahan letupan sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah jemaah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu setakat ini, lapor media.