Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Ada anak Sabah tikam belakang orang beri dia makan’

 | December 7, 2017

Sayang seribu kali sayang orang itu bila diberikan jawatan berkenaan, dia tikam orang yang memberi makan kepadanya, kata perwakilam Umno Sabah.

Ramlee-Marhaban_sabah_00

KUALA LUMPUR: Wakil Umno Sabah Datuk Ramlee Marhaban menyindir seorang bekas pemimpin parti dari negeri itu yang disifatkan sebagai pengkhianat selepas menikmati sokongan mereka.

“Walaupun seorang anak Sabah pernah diberikan kementerian yang strategik, kementerian yang baik, tapi sebenarnya sayang seribu kali sayang orang itu bila diberikan jawatan berkenaan, dia tikam orang yang memberi makan kepadanya.

“Inilah sebenarnya yang saya maksudkan dengan orang diberi tetapi tidak berterima kasih,” katanya ketika perbahasan ucapan dasar Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ramlee berkata indivdu itu juga diberi jawatan yang tidak pernah disandang oleh anak Sabah sebelum itu.

“Dia telah diberikan peluang menyandang jawatan naib presiden yang tidak pernah diberikan kepada orang Sabah sebelum itu, tidak cukup lagi turut diberikan jawatan dalam kementerian yang paling strategik di negara kita khususnya di Sabah.

“Bukan sekadar gigit, dia tikam belakang,” katanya.

Beliau tidak menamakan individu tersebut, namun sindiran itu dipercayai merujuk kepada bekas naib presiden dan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, yang meninggalkan Umno untuk menubuhkan Parti Warisan Sabah.

Beliau merupakan anak Sabah pertama yang memegang jawatan naib presiden Umno, selepas menang pemilihan parti pada 2010 dan sekali lagi pada 2013. Beliau dilantik menteri sejak 2004 sehinggalah digugurkan dari Kabinet pada 25 Julai 2015.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments