Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tindakan Trump boleh akibatkan lebih banyak keganasan, kata Dr M

 | December 7, 2017

Bekas perdana menteri berkata tindakan Trump akan mengapi-apikan ketegangan di Timur Tengah dan boleh menjejaskan proses damai Israel-Palestin.

VIDEO INSIDE

mahathir-trumpKuala Lumpur: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana ia akan mengundang lebih banyak keganasan.

Beliau yang terkenal dengan kritikan tajam terhadap negara Barat mendakwa rancangan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke kota suci Islam, Kristian dan Yahudi itu sebenarnya dirancang sejak pentadbiran Presiden George H.W Bush I (1989-1993) dan Bill Clinton (1993-2001).

“Tetapi mereka sedar dunia akan membantah tindakan mereka dan mereka tahu proses pendamaian tidak akan berjalan jika tindakan ini diambil,” katanya di Facebook hari ini.

Proses perdamaian Israel dan Palestin secara serius berlarutan sejak 1993 melalui Perjanjian Oslo. Dalam tinjauan 2007 dan 2014, majoriti responden warga Palestin dan Israel menyokong penubuhan sebuah negara Palestin berdaulat di samping Israel dan Baitulmaqdis dibahagikan kepada Barat (Israel) dan Timur (Palestin).

Pemerhati meramalkan penyelesaian itu kini hampir mustahil dicapai jika Trump meneruskan rancangan itu.

“Tindakan ini akan membakar hati umat Islam dan hasilnya, lebih banyak keganasan akan berlaku di serata dunia,” kata Dr Mahathir, membidas Trump kerana mengapi-apikan keadaan yang sudah tegang di rantau itu.

Bekas perdana menteri itu menjelaskan kelemahan negara Islam menyebabkan dunia Barat berani menzalimi umat Islam kerana percaya negara Islam terlalu lemah untuk bertindak balas.

Kelemahan itu mendorong sesetengah elemen untuk mengambil tindakan melampau.

“Kerana mereka tiada kuasa tentera yang tersusun, tiada tentera udara atau laut, jadi mereka mencari jalan untuk mengganas dengan melakukan sesuatu yang menakutkan masyarakat.”

“Sesiapa yang melontar bom dari udara ke atas orang ramai, mereka juga adalah pengganas; bukan sahaja mereka yang meletupkan diri mereka kerana mereka kecewa dan kecil tetapi tiada cara lain untuk bertindak balas.”

Namun Dr Mahathir menekankan umat Islam tidak menyokong pengganas, tetapi realitinya dunia Islam begitu lemah dan apa sahaja boleh dilakukan kepada negara-negara Islam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments