Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jangan anggap aksi ‘gila’ Jamal mewakili parti, kata Umno PP

 | December 7, 2017

Ketua Umno Permatang Pauh berkata tindak tanduk Jamal Yunos perlu dianggap sebagai pendirian individu.

Mohd-Zaidi-Said-jamal-yunosKUALA LUMPUR: Ketua Umno Permatang Pauh hari ini mempersoalkan tindak tanduk rakan sejawatnya dari Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, sambil menggesa pimpinan tidak menanggap beliau sebagai mewakili pendirian parti.

Datuk Mohd Zaidi Said berkata segala tindakan Jamal yang terkenal dengan pelbagai demonstrasi kreatif menyerang pimpinan Pakatan Harapan, perlu dilihat sebagai perbuatannya sendiri.

“Kalau semua Jamal buat itu dianggap sikap ketua Umno bahagian, itu menyekat kebebasan kita bertindak kepada pelampau-pelampau. Kita tidak buat macam tu, tetapi biarlah Jamal sahaja buat macam itu,” kata Zaidi dalam usul menyokong ucapan dasar yang disampaikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan agung parti itu hari ini.

Dalam demonstrasi terbaharu Jamal, pemimpin Baju Merah itu membakar patung Datuk Zaid Ibrahim, menuduh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghina Sultan Selangor.

Jamal juga beberapa kali mengadakan protes dan gangguan di bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, termasuk aksinya yang bertuala membawa gayung sebagai simbolik membantah masalah air di negeri itu tidak lama dulu.

Zaidi berkata apabila tindakan Jamal dianggap tidak mewakili parti, Jamal bebas meneruskan perjuangan “gila” dalam menentang pentadbiran kerajaan di Selangor.

Beliau turut mempersoalkan pembangkang yang tidak konsisten ketika menyalahkan Umno disebabkan tindakan seseorang individu.

“Apabila terkena kepada pembangkang, mereka kata itu tindakan individu bukannya mewakili parti. Bila kena pada pemimpin Umno yang tersalah cakap, dikatakan sebagai tindakan parti, bukannya individu.

“Ini tidak adil. Namun saya mahu Jamal teruskan perjuangan gila dia (Jamal) itu untuk memastikan Selangor berjaya,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments