Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Keputusan cabar pelantikan ketua hakim negara ditetap 14 Februari

 | December 7, 2017

Pemohon menuntut diberi kebenaran 'Writ Quo Warranto' supaya responden menunjukkan sebab, pengesahan dan asas responden memegang jawatan berkenaan.

Abang-Ahmad-Kerdee-Abang-Masagus-Md-Raus-Sharif-courtKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 Februari depan untuk keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, mencabar pelantikan Tun Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara dan hakim tambahan Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datin Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu di kamarnya selepas mendengar hujahan peguam Mohamed Hanipa Maidin, mewakili Abang Ahmad Kerdee serta Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak Md Raus selaku responden.

Mohamed Hanipa ketika ditemui pemberita berkata pihak responden membantah permohonan anak guamnya atas asalan permohonan itu tidak mempunyai locus standi dan tidak boleh disemak di mahkamah kerana pelantikan Md Raus dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Peguam itu berkata beliau pula berhujah bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu dan bukan sahaja parti Amanah mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk memfailkan semakan malah semua rakyat Malaysia berhak berbuat demikian.

Berhubung isu ”Writ Quo Warranto” itu, Mohamed Hanipa berkata permohonan itu difailkan bukan untuk mencabar orang yang melantik, tetapi mencabar orang yang dilantik.

Abang Ahmad Kerdee selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu pada 1 November lepas bagi menuntut deklarasi mengatakan pelantikan Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan pada 4 Ogos 2017 bawah Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah, tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Pemohon juga menuntut diberi kebenaran mendapatkan ”Writ Quo Warranto” supaya responden menunjukkan sebab dan memberikan pengesahan bagaimana dan asas responden memegang jawatan berkenaan.

Beliau juga menuntut perintah certiorari membatalkan pelantikan responden sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan dan ketua hakim negara, juga perintah injunksi bagi menghalang responden dan atau ejen beliau melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas beliau sama ada sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan atau ketua hakim negara.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments