Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Penggunaan bitcoin dilarang Islam, kata imam Saudi

 | December 7, 2017

Assim al-Hakeem berkata sifat wang digital itu tidak jelas dan memberikan ketanpanamaan kepada penjenayah.

Assim-al-Hakeem-bitcoinPETALING JAYA: Imam Arab Saudi, Assim al-Hakeem dilaporkan berkata penggunaan mata wang digital bitcoin dilarang undang-undang Islam kerana sifatnya yang tidak jelas dan memberikan ketanpanamaan kepada penjenayah.

Protal Step Feed memetik beliau sebagai berkata keadaan itu menyebabkan bitcoin boleh membantu aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Kita tahu bitcoin boleh dijalankan secara tanpa nama (tanpa agensi rasmi bertanggungjawab)…bermaksud ia membuka peluang kepada pengubahan wang, wang dadah dan wang haram,” katanya.

“Ia bergantung kepada (jaringan) rakan ke rakan, block chain dan logaritma yang mentadbirnya dan hanya diketahui segelintir orang yang tidak bernama. Tiada siapa tahu siapa mereka. Anda tidak boleh buat aduan (kalau berlaku sesuatu), seolah-olah kamu buang duit ke dalam vakum.”

Assim akui para sarjana Islam terdahulu belum pernah membincangkan isu bitcoin kerana ia merupakan mata wang moden, namun beliau meminta orang Islam jangan terlibat dengan keraguan seperti itu hanya untuk mendapatkan keuntungan.

“Bitcoin sesuatu yang sangat baharu dan terdapat kebimbangan serius apabila urusan dilakukan menggunakannya…sama ada dari segi asal, kelestarian dan keselamatannya,” kata Al-Hakeem.

“Setakat hari ini, satu bitcoin yang bernilai 0.1 sen bersamaan lebih kurang AS$ 11,000. Mengarut. Benda apa ini? Ini bukan sesuatu yang kita boleh sentuh, bukan duit, bukan nota bank, bukan geran, bukan sijil, tetapi maya,” katanya mempertikaikan pergerakan dramatik bitcoin yang meragukan.”

Al-Hakeem tidak keseorangan dalam berpandangan sebegitu kerana pada bulan lepas pihak berkuasa agama Turki turut mendakwa bitcoin “tidak sesuai dengan Islam”.

Menurut laporan EuroNews, Direktorat Hal Ehwal Agama Turki berpandangan bahawa membeli dan menjual mata wang digital tidak sesuai dengan agama buat masa ini kerana nilainya terdedah kepada spekulasi dan tidak di bawah pengawasan kerajaan dan audit, sekaligus mudah digunakan untuk aktiviti haram.

Malahan, kerabat diraja Saudi, Putera Al-Waleed bin Talal, dalam satu temu bual dengan CNBC pada Oktober, memberi amaran ketiadaan kawalan ke atas mata wang digital itu akan mengulangi skandal Enron.

Beliau merujuk kepada syarikat gas Amerika Syarikat, yang diisytihar muflis pada 2001 selepas pihak eksekutifnya menyembunyikan berbilion dolar hutang daripada pemegang saham.

“Ia tidak masuk akal. Perkara ini tidak dikawal dan tidak diawasi oleh mana-mana bank pusat. Saya memang tidak percaya bitcoin,” kata Putera Al-Waleed.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments