Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ahli Umno senang dengan Najib, tolak Dr M

 | December 8, 2017

Rata-rata ahli Umno mengikut haluan kepimpinan Najib Razak.

najib-umno-11

KUALA LUMPUR: Ahli Umno rata-rata menyokong Datuk Seri Najib Razak dalam berdepan dengan orang yang pernah menerajui parti Melayu itu selama lebih 2 dekad, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kesetiaan kepada Najib ini boleh dirasai ketika bercakap dengan ahli akar umbi dan perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno di sini.

Seorang ahli Umno dari Machang, Kelantan berkata langkah bekas perdana menteri itu menyertai pembangkang adalah silap, dan mendakwa tidak ramai ahli Umno mengikuti jejak beliau walaupun negarawan itu banyak berjasa kepada pembangunan negara.

Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Machang, Andy Irwan Radellah berkata langkah Dr Mahathir menyertai Pakatan Harapan adalah silap kerana mendakwa tidak ramai ahli Umno mengikuti jejaknya.

Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Machang, Andy Irwan Radellah berkata langkah Dr Mahathir menyertai Pakatan Harapan adalah silap kerana mendakwa tidak ramai ahli Umno mengikuti jejaknya.

“Kalau ikutkan prinsip politik, tidak ada masalah Dr Mahathir sertai pembangkang,” kata perwakilan Pemuda Umno, Andy Irwan Radellah.

“Cuma kita letakkan diri kita sebagai pemimpin parti politik yang berjasa kepada negara, sepatutnya Dr Mahathir atau mana-mana perdana menteri atau presiden Umno tidak boleh pecahkan tradisi. Mereka kena pegang kepada prinsip kepartian kerana dia yang membawa, tetapi Tun memecahnya,” katanya.

Andy berkata Dr Mahathir perlu bersara daripada dunia politik sejak 2002, apabila mengumumkan peletakan jawatannya dalam Umno.

“Lama dah Dr Mahathir kena berehat bermula dari insiden menangis dengan semua pemimpin politik yang dia terajui, sepatutnya masa itulah dia berehat,” katanya merujuk kepada ucapan Dr Mahathir di Perhimpunan Agung Umno pada Jun 2002.

Dr Mahathir menggemparkan ahli dan penyokong Umno pada 2002 di perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) apabila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN dalam keadaan sebak.

Perwakilan Puteri Umno Bahagian Kuala Nerus, Sharifan Rani tidak nampak Dr Mahathir berjuang untuk rakyat, sebaliknya demi kepentingan diri.

Perwakilan Puteri Umno Bahagian Kuala Nerus, Sharifan Rani tidak nampak Dr Mahathir berjuang untuk rakyat, sebaliknya demi kepentingan diri.

Selepas dipujuk beberapa menteri kanan ketika itu, Dr Mahathir bersetuju menarik keputusannya.

Menyokong pandangan Andy, perwakilan Puteri Umno dari Kuala Nerus, Sharifah Rani membidas perjuangan Dr Mahathir bukan untuk rakyat, sebaliknya untuk kepentingan diri.

Sharifah juga tidak yakin Dr Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi sekiranya dilantik Pakatan Harapan.

“Kita dah rasa apa yang Mahathir buat, tapi untuk era ni rakyat lebih memilih era pentadbiran Najib,” katanya.

Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Larut, Khairul Ashraf Zulkifli berkata keputusan melantik semula Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri jelas membuktikan Pakatan Harapan ketandusan calon.

Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Larut, Khairul Ashraf Zulkifli berkata keputusan melantik semula Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri jelas membuktikan Pakatan Harapan ketandusan calon.

Perwakilan Pemuda Umno Larut, Khairul Ashraf Zulkifli berkata Dr Mahathir sudah tidak relevan lagi.

“Pakatan Harapan ketandusan calon, saya nampak tidak relevan lantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri pada masa sekarang.

“Memang ada jasa beliau tapi untuk sekarang ini rakyat tidak boleh terima dia lagi, akar umbi Umno juga tetap bersama Najib,” katanya.

Khairul yakin pembangunan negara akan terus ke depan di bawah kepimpinan Najib.

“Najib harus dipertahan, beliau menjadi tulang belakang pembangunan negara, perancangan beliau lebih ke hadapan, sebagai contoh membawa agenda TN50 yang dulunya Wawasan 2020,” katanya merujuk pelan Transformasi 2050, agenda 30 tahun diumumkan Najib.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments