Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kenyataan Malabari boleh makan diri Umno, kata ahli akademik

 | December 8, 2017

Pensyarah UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, parti pemerintah memerlukan semua undi yang boleh diperolehinya dan tidak mampu kehilangan undi masyarakat 'mamak'.

Kamarul-Zaman-Yusoff_mahathir_600

PETALING JAYA: Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) memberi amaran kepada Umno untuk mengelakkan serangan peribadi ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad seperti merujuknya sebagai “mamak Malabari” kerana tindakan itu boleh menjejaskan kedudukan Umno.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia di UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, mungkin sesetengah orang Melayu menganggap kenyataan itu kelakar, tetapi masyarakat “mamak” berpengaruh kerana mempunyai rangkaian kuat di seluruh negara, termasuk melalui “restoran mamak” di merata tempat.

“Sudah tentu, masyarakat itu mungkin simpati dengan salah seorang daripada orang sendiri seperti Mahathir ketika beliau diserang.

“Jika mereka memboikot Umno, parti itu mungkin kehilangan sejumlah besar undi dan dengan saingan sengit antara pembangkang dan Barisan Nasional, setiap undi itu penting,” katanya kepada FMT sambil menambah isu perkauman amat sensitif kerana ia boleh membangkitkan sentimen kuat.

“Mamak” ialah istilah biasa yang digunakan untuk merujuk latar belakang orang berlatar belakang India-Muslim selatan di Malaysia dan Singapura.

Kamarul turut mengkritik Datuk Seri Najib Razak dengan berkata, perdana menteri bertindak melulu dalam memperbesarkan apa yang mungkin berlaku jika Umno dan BN kehilangan kuasa di negara ini.

“Dengan memberi tanggapan Umno tidak lagi boleh mengadakan perhimpunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) atau membaca salawat jika Pakatan Harapan berkuasa, adalah tidak masuk akal.”

Beliau bagaimanapun mendapati Najib amat berhati-hati dalam tidak membahayakan rayuan Umno dan BN kepada pengundi bukan Melayu dengan cuba menjadi lebih inklusif dan tidak membangkitkan isu sensitif.

“Kamu tidak boleh bergantung kepada cara menghina atau memusnahkan lawan untuk menang kerana kemenangan sebenar berdasarkan kekuatan dan tarikan sendiri.”

Semalam, presiden Umno itu dilaporkan berkata, parti itu mengamalkan sikap terbuka dengan mengiktiraf pelbagai etnik sebagai sebahagian daripada bangsa Melayu, termasuk keturunan India Muslim dari negeri Kerala di India.

Najib menerusi ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno Ke-71 di PWTC berkata, Umno tidak terperangkap dengan pemikiran sempit apabila kumpulan etnik “Malabari” di Malaysia tidak disuruh pulang.

Malabari berasal dari wilayah persisiran pantai Malabar di negeri Kerala, India dan asal usul nenek moyang Dr Mahathir kerap dikaitkan dengan keturunan Malabar.

Mengulas lanjut, Kamarul berkata, beliau kecewa dengan ucapan dasar Najib semalam yang agak hambar.

“Sebahagian besarnya hanya ulangan terhadap apa yang dikatakan atau dilakukan Najib sebelum ini, sejak beliau menjadi presiden dan perdana menteri pada 2009.

“Ia juga lemah kerana ucapan itu tidak memberikan apa-apa yang baharu dari segi dasar dan isi kandungannya.”

Malabar pun kami anggap Melayu, kata Najib


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments