Dakwaan timbalan dekan UMK ciplak PhD tak benar, kata naib canselor
Husaini Omar berkata media akan dihubungi selepas taklimat kepada ketua pengarah pendidikan tinggi.
PETALING JAYA: Jawatankuasa yang ditubuhkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menyiasat dakwaan seorang timbalan dekannya menciplak karya orang lain dalam tesis ijazah doktor falsafah (PhD) mendapati dakwaan itu tidak benar.
Naib Canselor Prof Datuk Husaini Omar berkata penerangan kepada media akan diberikan selepas taklimat kepada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Siti Hamisah Tapsir minggu depan.
“Kita dah siasat dia punya PhD sampai ke universiti yang keluarkannya,” katanya hari ini.
Pada 3 Jun lalu, seorang individu bernama Nusra Fedeli dari Kota Kinabalu dalam e-mel kepada FMT mengatakan seorang bekas pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menciplak karya drama terapi Eropah “bulat-bulat” dalam tesis PhD, diterima bekerja di UMK dan kemudian dilantik sebagai timbalan dekan.
Nusra berkata beberapa aduan dihantar ke pejabat Naib Canselor UMK, Prof Datuk Mortaza Mohamed pada 2015 tetapi tiada respons.
Husaini kemudian dilapor berkata universiti akan mengambil tindakan sewajarnya jika siasatan mendapati dakwaan itu benar.
Husaini berkata timbalan dekan berkenaan tidak dikenakan tindakan.
Universiti siasat timbalan dekan ciplak tesis PhD
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram