
Katanya, sudah tentu kepimpinan Anwar sangat penting untuk dimanfaatkan oleh parti dan PH.
“Alhamdulillah, saya rasa gembira kerana beliau sekarang mendapat sokongan dan dokongan tanpa berbelah bahagi untuk memimpin parti.
“Ini terbukti daripada pencalonan semalam, tiada pencalonan lain selain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Semalam, Anwar disahkan menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR selepas tiada pencabar tampil sebelum pencalonan ditutup.
Anwar akan mengambil alih jawatan itu daripada isterinya, Wan Azizah yang menggalas tanggungjawab itu sejak 2003.
Ditanya mengenai pencalonannya sebagai timbalan presiden PKR, Azmin enggan mengulas lanjut dan menyerahkan perkara itu kepada ahli parti.
“Hal itu saya serahkan semuanya atas kebijaksanaan anggota parti saya,” katanya.