Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kelantan perlu RM2 bilion tukar paip air lama

July 3, 2012

Paip air tersebut ada yang dipasang pada 1950an dan 1970an, tidak lagi sesuai digunakan sekarang kerana menimbulkan banyak masalah kepada pengguna.

Sekitar Dun Kelantan

KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan memerlukan kira-kira RM2 bilion untuk menukar kesemua paip air lama di seluruh negeri yang
menyebabkan masalah tekanan air rendah dan tidak bersih.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata paip air tersebut ada yang dipasang pada 1950an dan 1970an, dan ia tidak lagi sesuai digunakan sekarang kerana menimbulkan banyak masalah kepada pengguna.

Pinjaman mudah tanpa faedah sebanyak RM600 juta yang diberikan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri ini bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih adalah tidak mencukupi, katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal daripada Wan Hassan Wan Ibrahim (PAS-Semerak), Ahmad berkata pemilihan kontraktor bagi pembinaan loji rawatan air dan paip air di negeri ini ditentukan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air kerana ia melibatkan peruntukan yang disediakan melalui pinjaman mudah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan pusat banyak membantu dalam menyediakan kemudahan prasarana kepada Sekolah Arab Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri ini.

Beliau berkata antara kemudahan tersebut termasuk membina bangunan baru, membina makmal dan memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan kerjaya.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan diharap bantuan berkenaan dapat diteruskan pada masa depan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd Adhan.

Persidangan dewan selama dua hari itu kemudiannya ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments