Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Jawi tangkap 4 orang Islam kerana tidak puasa

 | August 3, 2012

Manakala JAIS melakukan tujuh operasi di Selangor setakat ini.

PETALING JAYA:  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menangkap empat orang umat Islam ditahan kerana makan di tempat awam setakat ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, mereka akan didakwa di Mahkamah Syariah mengikut undang-undang sedia ada.

Bagaimanapun, Che Mat menegaskan jumlah tangkap tahun ini dijangka menurun berikutan kesedaran umat Islam.

“Saya menasihatkan umat Islam supaya tidak mencemarkan bulan Ramadan dengan perbuatan sedemikian rupa,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan tujuh operasi mencegah kegiatan ponteng puasa di sekitar Selangor.

“Sebanyak 17 premis telah diperiksa dan disiasat atas aduan orang ramai mengenai kes ponteng puasa,” kata Ketua Penolong Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad.

3 kes ponteng puasa

Katanya, terdapat tiga  kes ponteng puasa.

“Pihak kami sedang menunggu kebenaran daripada Ketua Pendakwa untuk mendakwa meraka yang terlibat jika sabit kesalahan”, kata Mohd Shahzihan.

Ditanya mengenai kawasan yang paling banyak terdapat aduan dan kes ponteng puasa di Selangor, Shahzihan berkata, Klang merupakan ‘kawasan panas’ kerana terdapat banyak gerai yang menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa.

“Mereka menjual makanan melalui pintu belakang kedai. Oleh itu agak sukar bagi pihak kami untuk mengenal pasti premis yang terlibat.

“Di samping itu, pihak kami juga mendapati,  di kampung terdapat tempat yang dibuka  khas untuk golongan yang tidak berpuasa untuk menjamu selera.

“Pihak kami sedang giat melakukan penyiasatan dan pengawasan terperinci untuk mengumpul bukti sebelum membuat serbuan,” kata Mohd Shahzihan.

Mengikut enakmen jenayah Syariah Selangor 1995, umat Islam yang tidak berpuasa boleh didenda RM1, 000 atau dipenjarakan tidak melebih enam bulan atau kedua-dua.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments