Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pembangkang mahu cetus huru-hara, bohong kata Mat Sabu

 | March 14, 2013

Sebaliknya, pihak yang satu lagi mencetuskan kacau bilau ke atas ceramah-ceramah diadakan Pakatan Rakyat selama ini

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa pihak pembangkang merancang untuk mengagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan porak peranda hanya omongan bohong.  kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sebaliknya, Mohamad atau Mat Sabu, sebaliknya berkata, pihak yang satu lagi mencetuskan kacau bilau ke atas ceramah-ceramah diadakan Pakatan Rakyat selama ini.

(Pihak yang satu lagi dipercayai merujuk kepada Barisan Nasional atau Umno).

Menurut Mat Sabu dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu tidak memberi sebarang nilai.

“Kita (pihak Pakatan) patuh kepada undang-undang. Mereka mengacau ceramah, buat sekatan, baling batu dan telur selama ini.

‘Depa (mereka) pembohong (merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin). Dia (pihak satu lagi) yang datang buat kacau segala ceramah kita. Apa yang beliau cakap tiada nilai dan membohong tentang dokumen yang kata kami akan mengagalkan pilihan raya umum nanti,” katanya ketika dihubungi FMT.

Muhyiddin dakwa ada maklumat

Semalam Muhyiddin  mendakwa mempunyai maklumat dan beberapa dokumen yang boleh dipercayai bahawa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum dengan mewujudkan keadaaan porak peranda.

Muhyiddin mendakwa pembangkang gementar dengan sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional yang sudah mula meningkat.

“Macam (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat,” dakwa Muhyiddin.

Mat Sabu menggesa Muhyiddin agar mendedahkan dokumen yang dipercayai pihak pembangkang merancang untuk mengagalkan pilihan raya umum.
Sambil mengulangi dakwaan Muhyiddin itu sebagai bohong, Mat Sabu percaya ia hanya kenyataan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada BN semata-mata.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments