Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Mahfuz: BN rancang huru-hara 13 Mei?

 | April 1, 2013

BN akan meggunakan sentimen tersebut untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) sedang merangka satu percaturan untuk menimbulkan huru-hara ala ‘Peristiwa 13 Mei’ sekiranya gagal mendapat mandat untuk membentuk kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa, BN akan menggunakan sentimen tersebut untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.

“Saya yakin ini yang sedang dirancang untuk membolehkan PRU diadakan menjelang 13 Mei untuk menyuntik satu jarum pemikiran ketakutan yang kemudiannya akan ada satu provokasi daripada BN yang sedang menaja kumpulan pengganas politik di negara ini untuk timbulkan huru-hara,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Beliau percaya indikator itu boleh berlaku kerana melihat kerajaan sehingga sekarang masih belum membubarkan Parlimen, sebaliknya sengaja melengahkan tarikh PRU sehingga diadakan pada sekitar hujung April sehingga Mei ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendakwa, provokasi itu akan berlarutan sehingga rakyat dan ahli politik pembangkang dijadikan mangsa tahanan pihak berkuasa dengan merujuk kepada Operasi Lalang 1987.

“Saya percaya BN sedang rancang sesuatu untuk timbulkan huru-hara berasaskan beberapa keadaan politik apabila BN sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat seperti mana saya dimangsakan Ops Lalang 1987 iaitu isu ketegangan kaum pada waktu itu yang diketuai Najib Tun Razak (Umno) dan Datuk Lee Kim Sai (MCA).

“Walaupun Akta Keselamatan Negeri (ISA) sudah tiada, kali ini mereka akan gunakan apa saja undang-undang yang ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012),” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kewujudan konspirasi tersebut dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menghalang perkara itu terjadi.

“Saya sedia bekerjasama untuk menyelamatkan negara kita daripada terjebak dalam suasana yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat dan rakyat.

“Sekarang ni rakyat pelbagai kaum kena lebih berhati-hati dengan tindakan Umno-BN dan tidak terperangkap dengan adu domba politik yang akan merosakkan negara kita,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments