Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mahfuz: Tok Kepak Lana Bulu, Faiz Subri nombor satu

 | January 10, 2017

Pemimpin PAS itu tampil teruja, mengungkap pantun 2 kerat, sambil yakin 'Ronggeng Malaysia' bakal menenggelamkan 'Samba Brazil'.

MahfuzPETALING JAYA: Ramai tidak pernah mendengar nama Kampung Tok Kepak di Kedah, tetapi bagi ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar, kampung itu kini masyhur di seluruh dunia selepas anak jatinya Mohd Faiz Subri dipilih pemenang anugerah Puskas oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) semalam.

“Kemenangan ‘Tendangan Pisang’ Faiz Subri itu … bukan sahaja mengharumkam nama negara Malaysia tetapi juga telah mengangkat nama Kampung Tok Kepak, Lana Bulu di Jerlun ke peringkat dunia dalam sukan bolasepak,” kata Mahfuz, merujuk kepada panggilan “banana kick”, tendangan melencong bintang bola sepak Brazil, Roberto Carlos pada 1997.

Mahfuz turut menggesa agar Faiz diberikan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah pada 15 Januari ini.

Tulis pemimpin PAS itu: “Tendangan pisang dari Tok Kepak, Lana Bulu menerjah Zurich.”

Fifa dalam majlis gilang gemilang yang diadakan di bandar raya terbesar Switzerland itu semalam mengumumkan Faiz pemenang anugerah yang mengiktiraf tendangan istimewa dalam sukan bola sepak dunia.

Beliau merupakan pemain Asia pertama memenangi anugerah itu.

Mahfuz berkata beliau mengikuti siaran langsung majlis Fifa itu bersama keluarga Faiz melalui skrin besar di Kampung Tok Kepak.

“Saya harap akan lahir lagi anak-anak dari kampung pendalaman di seluruh negara yang akan mengharumkan nama dalam dunia sukan bola sepak,” katanya.

Mahfuz yakin perancangan rapi membangunkan bintang bola sepak akan berhasil sehingga ia mampu melawan “Samba Brazil, mungkin dengan rentak jenama ‘Ronggeng Malaysia’,” tambahnya.

“Faiz Subri telah gunakan Tok Kepak untuk terbangkan Lana Bulu ke Zurich.”

Mahfuz juga sempat berpantun 2 kerat:

“Tok Kepak Lana Bulu; Faiz Subri Nombor Satu.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments