Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Saya tak tahu saya bersalah atau tidak, kata Isa Samad

 | June 21, 2017

Bekas pengerusi FGV Holdings itu, ditemani isterinya, mengambil masa 4 jam memberikan kenyataan di pejabat SPRM.

VIDEO INSIDE

isa-samad-2PUTRAJAYA: Bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad enggan menyatakan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam dakwaan salah laku melibatkan syarikat gergasi itu.

“Saya tidak tahu saya bersalah atau tidak sebab siasatan masih berjalan,” katanya kepada wartawan selepas memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berada di pejabat SPRM selama 4 jam, dan tiba bersama isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang turut dipanggil memberikan kenyataan.

Isa berkata beliau hadir memberi keterangan dan tidak diminta untuk membawa sebarang dokumen untuk disiasat.

“Saya tidak mahu sebut. Itu bidang kuasa SPRM tapi saya telah jelaskan beberapa perkara yang ditanya, banyak perkara juga… jadi saya beri beri penjelasan,” katanya yang menganggap sesi itu “proses biasa”.

“Sebagai bekas pengerusi, kena beri penjelasan melibatkan beberapa isu yang timbul, saya individu terakhir selepas semua pegawai terlibat disiasat,” kata Isa, yang semalam melepaskan jawatannya di FGV.

Tempat beliau digantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Ditanya apa kaitan siasatan SPRM dengan Bibi, Isa berkata adalah biasa dakwaan turut mengaitkan isteri beliau.

“Itu normal kalau ada dakwaan, ada sebut nama, maka kena panggil,” katanya.

Isa dan isteri tiba di SPRM kira-kira jam 9.40 pagi menaiki kereta Lexus berwarna hitam. Pasangan itu dipanggil SPRM semalam untuk diambil keterangan.

Sementera itu, SPRM dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada Isa dan isterinya untuk melengkapkan siasatan kes berhubung dakwaan melibatkan pasangan itu.

“Sepanjang proses siasatan, kedua-duanya memberi kerjasama penuh kepada kami.

“SPRM  akan meneliti keterangan yang diberi dan siasatan tertumpu kepada isu rasuah dan salahguna kuasa.”

SPRM juga memberi jaminan dapat melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat sebelum diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan lanjut.

Isa kini pemangku tugas sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

FGV disiasat berikutan dakwaan yang dibuat Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad 6 Jun lalu.

Beliau menggesa SPRM menyiasat tawaran yang dibuat FGV, terutama yang melibatkan jabatan pemerolehan.

Dilaporkan ada dakwaan salah laku dan salah guna kuasa terhadap kepimpinan FGV.

Zakaria, yang diarahkan bercuti sementara siasatan berjalan, bertemu SPRM pada 7 Jun. Keesokan harinya, SPRM mengambil beberapa dokumen dari Menara Felda, Kuala Lumpur.

Isa Samad letak jawatan pengerusi FGV, kini ke SPAD


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments