Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pakatan Harapan tunda pendaftaran, masih bincang struktur

 | June 22, 2017

Rancangan untuk menyelesaikan soal pimpinan tertinggi sebelum hari raya terpaksa ditunda kerana beberapa perkara yang belum diselesaikan.

wan-azizah-2PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) masih belum sedia didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) disebabkan beberapa perkara belum diselesaikan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti dalam PH sedang melakukan perbincangan berhubung struktur barisan kepimpinan sebelum dipersetujui secara konsensus oleh PKR, DAP, Amanah dan PPBM.

“Kita masih bincang antara sama lain sebelum konsesus antara 4 parti dipersetujui bersama,” katanya memaklumkan pendaftaran secara rasmi jawatankuasa itu akan dibuat selepas cuti hari raya.

Sebelum ini, Dr Wan Azizah berkata, senarai kepimpinan PH akan diumum dan didaftarkan kepada RoS selewat-lewatnya sebelum raya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah enggan mengulas mengenai kontroversi calon perdana menteri di pihak pembangkang, dengan berkata pakatan itu perlu memenangi pilihan raya terlebih dulu.

“Kita menang dulu, nanti kita boleh cakap siapa yang nak jadi perdana menteri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

PH serah senarai pucuk pimpinan kepada RoS sebelum raya


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments