Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Nothing to Hide 2.0: Dr Mahathir muncul, Najib tidak

 | August 13, 2017

Program itu hanya menempatkan Dr Mahathir seorang diri di atas pentas sebagai tetamu yang turut dihadiri lebih 500 peserta.

mahathir-live-1

SHAH ALAM: Sebagaimana program Nothing to Hide dua tahun yang lalu, Nothing to Hide 2.0 berlangsung di sini hari ini tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun jemputan telah dibuat, Najib tidak hadir untuk memenuhi undangan Dr Mahathir yang ingin menjadikan pentas tersebut sebagai medan perdana menteri dan beliau menjawab segala isu yang berlaku di bawah pentadbiran kedua-dua pemimpin itu.

Oleh itu, program tersebut hanya menempatkan Dr Mahathir seorang diri di atas pentas sebagai ahli panel.

Program ini juga menyaksikan tiada pemimpin Umno hadir termasuk ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashi yang sebelum ini menawarkan diri untuk berdebat dengan Dr Mahathir sebagai pengganti kepada Najib.

Dr Mahathir dalam komennya dari pentas berkata, perdana menteri “kemungkinan ada program lain.”

Terdahulu bekas perdana menteri 22 tahun itu bersama isteri tiba di Dewan Raja Muda Musa di sini, di mana berlangsungnya forum kira-kira jam 3.30 petang menaiki kereta Proton Perdana sambil disambut dengan laungan “hidup Tun”.

Bulan lalu, Dr Mahathir mempelawa Najib ke forum itu bagi menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan.

Pada 25 Julai sekumpulan ahli Pemuda PPBM hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghantar jemputan rasmi kepada Najib menghadiri forum “Nothing To Hide 2.0” yang dianjurkan oleh PPBM.

Program Nothing To Hide julung kali dianjurkan pada 5 Jun 2015 di PWTC. Najib yang diundang menghadiri forum itu tidak muncul atas faktor keselamatan. Sebaliknya hanya Dr Mahathir yang berucap.

Antara pemimpin Pakatan Harapan yang hadir hari ini ialah Khalid Abdul Samad, Dr Daroyah Alwi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zuraida Kamaruddin, Ng Suee Lim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Datuk Zaid Ibrahim, serta pimpinan Pakatan pembangkang lain.

Lebih 500 orang membanjiri dewan itu yang pentasnya dihiasi mirip program TN50.

Pemuda Umno halang PPBM serah ‘jemputan khas’ kepada Najib

Tanya apa sahaja di forum ‘Nothing to Hide 2.0’, kata Dr M


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments