Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Sultan Johor pula cabar Khairy dan skuad polo Sukan SEA

 | August 24, 2017

Ia merupakan cabaran kedua daripada kerabat diraja Johor terhadap pasukan polo kebangsaan yang dianggap tidak mempunyai kepakaran sukan itu.

sultan-johor-khairyPETALING JAYA: Selepas cabaran Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada skuad polo Sukan SEA yang disertai Khairy Jamaluddin bulan lalu, hari ini Sultan Johor pula mencabar menteri belia dan sukan itu dan pasukannya untuk berentap dengan 2 puteranya.

“Saya akan hantar 2 anakanda saya dan 2 orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi.

“Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan SEA itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka,” kata Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam kenyataan dimuat naik di Facebook.

Sultan Ibrahim berkata pasukan yang bertanding untuk sukan polo di temasya Sukan SEA ibarat “hanya untuk cukupkan syarat pertandingan sahaja”.

“Ada yang datang dengan handicap rendah, jadi memanglah mudah untuk dikalahkan,” katanya merujuk tahap kelayakan pemain polo.

“Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor.”

Sultan Johor mempertikaikan kemampuan sebenar pasukan polo negara, yang kelmarin menewaskan pasukan polo Brunei 12-4 di perlawanan pembukaan acara polo sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Khairy merupakan antara pemain pasukan negara berdepan Brunei, yang diwakili anak Sultan Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan Puteri Azemah Ni’matul.

Sultan Johor turut merujuk kepada aksi “pura-pura” pasukan negara pada perlawanan Sukan SEA.

“Hari ini lawan Singapura. Bila pasukan sudah menang baru masuk bermain dan suruh budak yang sedang ‘perform’ berpura-pura mengalami kecederaan.

“Jadi ada gambar beliau dapat masuk dalam pasukan untuk dipaparkan dalam media cetak dan melakukan propaganda menipu orang ramai seolah-olah dia yang menang dan handal.”

Sultan Johor berkata negeri Johor mempunyai tradisi sukan polo sejak 1884, dan Sultan Ibrahim sendiri pernah bermain di serata dunia termasuk Piala Dunia.

“Kalau hendak dibandingkan dengan Sukan SEA, ia bukan tandingannya. Jikalau anda mahukan perlawanan yang lebih serius, datang ke negeri Johor.”

TMJ cabar skuad polo Sukan SEA lawan pasukannya


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments