Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bekas KPN Khalid kini pengerusi Prasarana

 | September 5, 2017

PM turut mengumumkan pelantikan Khalid sebagai Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa

najib-razak-khalid-abu-bakar-prasarana-lrtPUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baharu.

Dalam satu kenyataan, Najib turut mengumumkan pelantikan Khalid sebagai Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.

“Ini memandangkan pengalaman luas serta hubungan baik Tan Sri Abu Bakar dengan agensi antarabangsa sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara dalam menangani masalah tersebut,” katanya.

Khalid bersara wajib pada 4 Sept (semalam). Khalid yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, menyertai pasukan keselamatan itu sebagai inspektor pada 5 Dis 1976.

Najib berkata pelantikan Khalid sebagai Pengerusi Prasarana adalah bagi menggantikan Tan Sri Ismail Adam yang tamat tempoh pelantikan pada 31 Ogos lepas (2017).

“Tan Sri Khalid Abu Bakar akan meneruskan misi dan visi Prasarana untuk membina dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang bertaraf dunia serta peningkatan penggunaan pengangkutan awam,” katanya.

Najib bagi pihak kerajaan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ismail atas sumbangan beliau menjayakan misi dan visi Prasarana sepanjang tempoh perkhidmatannya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments