Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Lebih 20 pelajar maut dalam kebakaran sekolah tahfiz di Keramat

 | September 14, 2017

Bangunan 3 tingkat masih terbakar awal pagi tadi.

VIDEO INSIDE

kebakaranKUALA LUMPUR: Seramai 21 pelajar dan 2 warden maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

 

kebakaran-tahfiz2

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dipetik Bernama berkata, 6 pelajar dan seorang orang awam turut cedera dalam kejadian itu.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi.

Pegawai perhubungan awam Hospital Kuala Lumpur yang dipetik agensi berita itu berkata, 4 mangsa kritikal dan 3 cedera ringan kini dirawat di hospital itu.

kebakaran-tahfiz3

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, 14 pelajar dan 4 guru berjaya menyelamatkan diri.

Beliau berkata, ramai mangsa terperangkap dalam kebakaran itu kerana pusat tahfiz berkenaan hanya mempunyai satu pintu keluar masuk.

Katanya, pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan pusat tahfiz itu tidak mempunyai permit operasi.

Video awam menunjukkan tingkat paling atas di bangunan 3 tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments