Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Polis enggan beri permit himpunan anti-kleptokrasi, walaupun MBPJ benarkan

 | October 13, 2017

Mohamad Fuzi Harun berkata, polis menerima 27 laporan sehingga hari ini yang membantah penganjuran himpunan "Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" anjuran Pakatan Harapan.

Mohamad-Fuzi-Harun-Sayangi-Malaysia-Hapuskan-Kleptokrasi-Pakatan-HarapanKUALA LUMPUR: Polis tetap dengan pendirian tidak akan mengeluarkan permit untuk penganjuran himpunan anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, walaupun penganjur mendapat lampu hijau daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis menerima 27 laporan sehingga hari ini yang membantah penganjuran himpunan “Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” anjuran Pakatan Harapan.

“Kawasan itu sebenarnya memang berada di bawah kawal selia MBPJ dan kita sedia maklum datuk bandar luluskan untuk mereka berhimpun di padang MBPJ tersebut.

“Tapi pendirian saya tegas…kita tidak akan berganjak, ini berdasarkan banyak faktor yang kita ambil kira termasuk yang terbaharu tidak kurang daripada 27 laporan polis dibuat,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis hari ini.

Fuzi berkata, pihaknya membuat keputusan itu disebabkan faktor lain, iaitu kesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku di sekitar lokasi himpunan.

“Isu trafik juga kita ambil kira, tapi yang pentingnya kita tidak perakukan permohonan permit perhimpunan dan kita sudah sediakan tempat lebih baik selesa dan mudah dikawal, iaitu di Stadium Kelana Jaya.

“Jadi, terpulanglah kepada penganjur. Kita punya keputusan tetap dan kita sudah war-warkan keputusan kita.”

Semalam, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata pihaknya selaku pemilik tanah membenarkan himpunan anti-kleptokrasi itu diadakan di Padang Timur.

“Malah, program itu nak adakan perniagaan atau nak buka gerai…kita benarkan. Kita bagi permit,” katanya.

Rabu lalu, Fuzi mencadangkan penganjur menukar lokasi himpunan ke Stadium Kelana Jaya memandangkan Padang Timur hanya boleh memuatkan 10,000 peserta, selain aduan penduduk setempat yang bimbang dengan masalah kesesakan lalu lintas.

Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ

Penduduk bantah, polis cadang himpunan anti-kleptokrasi tukar lokasi


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments