Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Wan Ji ditahan selepas sampaikan khutbah Jumaat

 | October 13, 2017

Beliau yang baru 2 minggu dilantik sebagai pegawai Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang disiasat di bawah Akta Hasutan.

wan-ji-wan-husin-tangkap-lepas-khutbah-1PETALING JAYA: Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin hari ini ditahan polis sejurus selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan media.

Wan Ji yang juga ketua Exco Agama Pemuda PKR itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.

“Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Wan Ji ditahan,” kata Saifuddin.

Polis mengesahkan penahanan tersebut dan berkata Wan Ji ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang kini turut ditahan di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments