Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Berhenti hormat Dr Mahathir, kata Umno Kedah

 | December 7, 2017

Nostalgia dan sentimen hormat terhadap bekas perdana menteri itu menjadi halangan kepada Umno di Kedah.

Saiful-Hazizy-Zainol-Abidin_mahathir_600

KUALA LUMPUR: Seorang wakil Umno Kedah hari ini berkata sentimen terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad menyukarkan pihaknya bergerak dalam mendapatkan sokongan rakyat negeri itu.

Ini lebih-lebih lagi memandangkan bekas perdana menteri itu merupakan anak jati Kedah.

“Di Kedah ramai orang bercakap tentang legasi dan kedudukan negeri ini yang dikatakan kuat bersentimenkan Tun Mahathir, pergilah mana-mana, orang kata sentimen inilah yang sukarkan Umno Kedah.

“Saya tak apologetik, di peringkat awal kita berdepan dengan kekangan ini, pada saya secara peribadi kita kena berani mengenepikan sentimen individualistik, yang penting adalah maslahah untung nasib rakyat,” kata Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno di sini.

Katanya, sentimen dan penghormatan kepada Dr Mahathir “perlu berhenti dan bertemu noktah” apabila bekas presiden Umno itu kini bekerjasama dengan DAP “untuk memporak perandakan institusi Umno”.

Saiful berkata Umno perlu memadamkan terus sentimen hormat terhadap Dr Mahathir.

“Cukup-cukuplah nostalgia lama, apa guna bernostalgia jika ianya hanya jemput luka, menggoyang hati dan kasih pada parti?

“Tidak ada individu yang lebih besar berbanding parti,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments