Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Malabar pun kami anggap Melayu, kata Najib

 | December 7, 2017

Ia membuktikan Umno tidak terperangkap dengan pemikiran sempit, kata Najib Razak kepada perwakilan parti.

najib-razak-umno-pau-2017-berucap-1KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Umno mengamalkan sikap terbuka dengan mengiktiraf pelbagai etnik sebagai sebahagian daripada bangsa Melayu, termasuk keturunan India Muslim dari negeri Kerala di India.

Presiden Umno itu berkata Umno tidak terperangkap dengan pemikiran sempit apabila kumpulan etnik “Malabari” di Malaysia turut diiktiraf sebagai sebahagian daripada bangsa Melayu dan tidak disuruh pulang.

“Di sisi kerajaan, tidak kiralah apa keturunan etnik bangsa pada kita, keseluruhan lebih 32 juta rakyat negara ini adalah anak-anak Malaysia,” katanya sewaktu memberikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno Kali Ke-71 di PWTC, hari ini.

Malabari berasal dari wilayah persisiran pantai Malabar di negeri Kerala, India.

Asal usul nenek moyang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini kerap dikaitkan dengan keturunan Malabar.

Najib berkata keterbukaan itu berlainan dengan “seorang bekas presiden Umno” yang menurutnya terperangkap dalam kerangka pemikiran penjajah, sehingga sanggup menghina keturunan Bugis.

“Betapa rendahnya akal budi yang sedemikian ini,” katanya dipercayai merujuk kepada ucapan Dr Mahathir yang menyindir Najib sebagai “lanun Bugis”.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments