Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

AIM 19 – Semakin panas dan mendebarkan

November 1, 2012
FEATURE

Tahun ini, Anugerah Industri Muzik (AIM) telah pun memasuki edisi yang ke-19.

Sebanyak 16 kategori akan dipertandingkan dan calon-calon yang bertanding juga sangat hebat. Anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) bakal menyatukan artis-artis diseluruh negara.

Dengan bertemakan “Black & White Glam Glitz”, AIM 19 akan diserikan dengan pelbagai persembahan dari lebih 20 artis popular termasuklah band lagenda May dan Lefthanded.

Sesuatu yang menarik pada AIM kali ini ialah Aznil Haji Nawawi dan Adibah Noor bakal digandingkan buat pertama kalinya dalam sejarah pengacaraan dan sudah pastinya kedua-dua selebriti ini bakal menggegarkan dan menghangatkan pentas pada malam tersebut.

Kemeriahan akan di tambah pula dengan gandingan Awal Ashaari dan pengacara baru Dahlia Shazwan  bagi mengacarakan segmen ‘Karpet Glamor” sebelum bermulanya acara anugerah utama.

AIM pasti tidak akan menghampakan para penonton kerana ia akan mengetengahkan artis-artis ternama termasuklah Faizal Tahir, Tam Spider, Nora Danish, Hattan dan juga Dato’ Fazley bagi menyampaikan anugerah.

Anugerah Industri Muzik 19 akan berlangsung pada hari Sabtu, 17 November 2012 di Stadium Malawati, Shah Alam dan akan mula bersiaran secara langsung pada jam 8.30 malam untuk segmen ‘Karpet Glamor’ eksklusif di Astro Ria.

[This content is provided by FMT content partner galaxtar.com, hiburan informasi terkini dan sensasi]


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments