Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Jom cuba 6 nasi lemak paling enak di Klang

 | January 8, 2017

Nasi lemak yang sangat sinonim dengan identiti makanan Malaysia menjadi penyatu rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

VIDEO INSIDE

nasi-lemak

fmt-ohsem-inside-article1Cuba bayangkan nasi lemak panas, lembut dengan rasa santan dan bau wangi daun pandan. Ditambah dengan sambal pedas-pedas manis, timun, kacang dan ikan bilis. Lebih “terangkat” kalau ada ayam goreng panas atau sambal kerang.

Orang Malaysia mana yang tidak gemarkan nasi lemak? Ia makanan yang membawa identiti Malaysia dan mampu menyatukan rakyat negara ini.

Jadi, kali ini FMT Ohsem memilih untuk menyenaraikan 6 lokasi nasi lemak paling sedap di Klang. Apa lagi, siap sedia untuk terjah nasi lemak sedap!

Nasi lemak Chong Kok Kopitiam

Kopitiam ini sudah lama wujud dan sentiasa sesak dengan pengunjung termasuk pelancong luar negara. Selain nasi lemak, kopi O “kaw”, roti bakar, cucur udang panas, mihun Singapura serta kek pisang dan kek menteganya juga dikatakan antara makanan laris di sini.

Lokasi: 5, Jalan Stesen, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor, Malaysia (dekat dengan stesen KTM Klang) Tel: +60 3-3371 0996
Waktu operasi: 6:30 pagi hingga 6 petang

Nasi Lemak Mami

Dijual sejak beberapa dekad, nasi lemak ini mempunyai pelanggannya tersendiri dan memang ramai peminat. Kalau tidak jumpa kedai ini, tanya saja orang sekitar di mana nasi lemak Southern Park, anda akan ditunjukkan ke sini.

Lokasi: Lebuh Jelutong, Taman Selatan, Klang (Besebelahan 7Eleven).
Waktu operasi: Dari 4.30 petang hingga 10 malam.

Nasi lemak Banting di Kampung Sijangkang

Menurut pengendali media sosial, Lubuk Makan Selangor, ini antara pilihan nasi lemak terbaik di Klang. Dijual pada harga sangat murah, sambalnya dikatakan antara yang terbaik.

Lokasi: Batu 7 Kampung Sijangkang, depan jalan besar bersebelahan stesen minyak Caltex. Waktu operasi: Dari 5.15 pagi sampai habis. Ahad cuti. Harga: nasi lemak biasa RM1, nasi lemak telor goreng 1.80, nasi lemak sambal kerang RM3, nasi lemak sambal sotong RM3.

*tidak pasti jika harga masih kekal

Nasi Lemak Perantau

Gerai ini dipercayai menawarkan nasi lemak tersedap di kawasan Sungai Udang, Klang dan menawarkan perkhidmatan penghantaran dengan caj tertentu. Selain nasi lemak, nasi kerabu, bihun goreng dan kuih-muih turut dijual di sini.

Lokasi: Kampung Delek, Sungai Udang, Klang.
Waktu operasi: 7 pagi hingga 10 pagi

Ram’s Corner

Terletak di jalan utama menghala ke Pelabuhan Klang menawarkan nasi lemak dengan sambal yang pedas. Tidak ketinggalan, ayam goreng sebagai pelengkap. Lokasi ini biasanya menjadi tempat lepak dan makan tengah malam dengan pilihan makanan dan minuman lain. Mereka yang suka sambal pedas, pasti akan datang lagi ke sini.

Lokasi: Persimpangan Jalan Sungai Keladi, (dekat ABX Express) Pelabuhan Klang
Waktu operasi: Lewat petang hingga awal pagi

Pilihan FMT Ohsem:

Restoran Shanmuga atau pernah dikenali sebagai Berkely Corner di Taman Berkely, Klang mempunyai pengikutnya tersendiri. Manakan tidak, 2,000 bungkus dijual sehari, dengan bekalan sambalnya 20 baldi (satu baldi 3 kg).

Mesti ada rahsia di sebalik resipi nasi lemak ini.

Tukang masaknya bukan orang tempatan, tetapi lelaki India dari Tamil Nadu, dan bekerja di restoran itu sejak 20 tahun lepas.

T. Ellangovan, 54, berkata dia belajar masak nasi lemak daripada seorang lelaki tempatan dan sejak itu, menggunakan resipi berkenaan dengan sedikit pengubahsuaian sehingga ia menjadi makanan pilihan pelanggan di restoran ini.

“Mesti ada resipi rahsia, tapi mana boleh kongsi. Saya menggunakan bahan sama seperti sambal yang lain, mungkin cara saya memasak berbeza,” katanya.

Restoran yang dibuka pada 3 petang akan beroperasi sehingga 4 pagi dan waktu kemuncaknya ialah selepas 8 malam.

“Saya suka makan nasi lemak sebab sambalnya. Ada rasa manis tapi bukan bergula. Kadang-kala saya minta tambah sambal,” kata pelanggan, Rahim Mat Nor yang ditemui FMT.

Seorang lagi pelanggan, Jonathan berkata ayam goreng bersama nasi lemak di sini antara pilihan kegemarannya.

“Paling best ialah nasi lemak dan ayam goreng tapi kami juga makan roti canai, mi goreng mamak dan lain-lain. Sebungkus baru RM2.50,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments