Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Pelancongan Islam dan industri makanan halal meletus di Thailand

 | March 20, 2017

Thailand yang dilabel kawasan lampu merah, minuman keras yang murah dan pantai tropika, kini ia menawarkan pasaran untuk pelawat daripada negara Islam

bangkok-halal-hotel-1fmt-ohsem-inside-article1Nampaknya negara majoriti rakyatnya beragama Buddha, Thailand, mula mengintip pasaran halal, sekali gus bercita-cita menjadi hub halal terkemuka dunia.

Bermula dengan hotel yang menyediakan kolam renang berasingan hinggalah ke produk makanan, Thailand mengejar hub emas halal ekoran sasaran pelancong beragama Islamnya yang semakin bertambah.

Hotel Halal

Di dewan makan hotel 5 bintang, Al-Meroz yang terletak di pinggir bandar Bangkok, seorang lelaki tua berjanggut membaca ayat suci Al-Quran sementara pengantin lelaki menanti kedatangan pengantin perempuan.

Majlis itu salah satu daripada puluhan perkahwinan yang diadakan di hotel itu sejak beberapa bulan lalu.

Jika sebelum ini negara itu dibayangi dengan label kawasan lampu merah, minuman keras yang murah dan pantai tropika, kini ia juga menawarkan pasaran untuk pelawat daripada negara Islam.

“Memandangkan terdapat 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia, ini adalah pasaran yang sangat baik,” jelas Pengurus Besar hotel, Sanya Saenboon.

Bermula dengan larangan jualan alkohol, kolam renang dan gimnasium dengan jadual masa bagi lelaki dan wanita, hotel yang dibuka tahun lepas kini lebih khusus untuk pelanggan Islam.

Kriteria Islamik disemak secara ketat; linen katil dibasuh dengan cara tertentu, produk penjagaan peribadi yang bebas alkohol atau lemak haiwan, semuanya untuk menjaga kepercayaan pelanggannya.

Di sebalik pergolakan politik dalaman, Thailand menyaksikan peningkatan pelancong daripada 13.8 juta pada 2006 kepada 32.5 juta tahun lepas.

Kebanyakannya dari China, namun pelancong negara Islam juga menunjukkan perkembangan pesat. Analisis AFP menunjukkan pelawat negara majoriti Islam di Timur Tengah dan Asia meningkat daripada 2.63 juta pada tahun 2006 kepada 6.03 juta pada tahun lepas.

Peningkatan pelancong Islam

Pengasas Rating Crescent, Fazal Baharden, sebuah badan yang menyimpan statistik mengenai negara pilihan pelancong Islam akui perkara itu.

Katanya, pasaran pelancongan Islam berkembang secara pesat, disumbangkan oleh penerbangan murah dan peningkatan kelas menengah Islam.

Bilangan pelancong Islam meningkat daripada 25 juta setahun pada tahun 2000 kepada 117 juta pada 2015.

Pengilang produk makanan di Thailand juga secara besar-besaran mengubah haluan dengan memilih pasaran halal sekali gus menjadi pengeksport makanan halal utama dunia.

Lalana Thiranusornkij, seorang penganut Buddha misalnya, menukar 3 kilangnya, KCG Corp kepada pasaran halal bagi menembusi pasaran di Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Makanan halal

“Sebelum ini kami menggunakan gelatin babi tetapi kini berubah kepada gelatin dari sumber rumpai laut,” katanya.

Thailand menetapkan matlamat untuk menjadikan negara itu sebagai salah satu daripada 5 negara pengeksport makanan halal utama di dunia pada tahun 2020.

Orang luar mungkin terkejut melihat perubahan negara Buddha terhadap pasaran halal tetapi bagi pengasas Pusat Sains Halal di Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Dr Winai Dahlan, Thailand berbuat demikian demi memperoleh kedudukan yang baik dalam pasaran dunia.

“Islam tempatan di Thailand meminta supaya pusat ujian halal diwujudkan di negara ini dan daripada hanya 500 kilang makanan dengan pensijilan halal 15 tahun lalu, kini sudah ada 6,000 kilang,” ujar Winai.

Tambahnya, dalam tempoh yang sama bilangan produk yang disahkan halal di Thailand berkembang daripada 10,000 kepada 160,000 produk.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments