Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Saddam Hussein masih menganggur

 | March 20, 2017

Syarikat perkapalan takut menawarkan pekerjaan kepada Saddam kerana namanya boleh membawa risiko kepada operasi kerja mereka.

reject

fmt-ohsem-inside-article1Ada apa dengan nama?

Nama yang diberikan dengan penuh kasih sayang dan harapan oleh datuknya kira-kira 25 tahun dulu, menjadi “musuh” kepada lelaki ini ketika melangkah masuk alam pekerjaan.

“Selama ini saya tidak pasti dengan sebab di sebalik halangan ini. Rupanya ia berkaitan dengan nama saya,” kata Saddam Hussein, 25, dari Jamshedpur di Jharkhand, India.

Jurutera marin berkelulusan dari Universiti Islam Noorul di Tamil Nadu itu berkata, namanya sering dikaitkan dengan bekas pemerintah dan diktator Iraq, Saddam Hussein yang bertindak kejam terhadap rakyatnya sehingga digulingkan oleh Amerika Syarikat pada 2003.

Saddam

“Majikan takut untuk menawarkan pekerjaan pada saya,” keluh Saddam kepada Hidustan Times.

Permohonan dengan syarikat perkapalan multi nasional ditolak lebih 40 kali. Saddam yang lulus cemerlang kecewa dengan penolakan itu, tambahan pula semua rakan sekelasnya sudah memperoleh pekerjaan tetap.

“Bagi tempoh 6 bulan pertama, saya tidak dapat mengesan di mana silapnya. Sehinggalah saya bertanya sendiri kepada Jabatan Sumber Manusia dan sebahagian daripada mereka mengakui nama saya sebagai punca,” kata Saddam.

“Mereka tidak boleh memiliki krew kapal dengan nama yang menimbulkan syak wasangka, ia boleh menyekat operasi,” tambahnya.

Eksekutif Perkhidmatan TeamLease, sebuah syarikat perunding pengambilan terkemuka yang berpangkalan di Delhi mengakui nama tersebut yang boleh membawa kesulitan ke atas operasi kerja, apatah lagi melibatkan syarikat perkapalan.

“Jika ia melibatkan pelayaran melintasi sempadan, tiada apa yang boleh dilakukan peronda sempadan dan lapangan terbang berkuasa yang amat peka lebih-lebih lagi jika wujud sebarang kecemasan.

“Nama yang sensitif pasti akan terlibat dalam masalah ditahan. Ini boleh menyebabkan urusan kerja menjadi lebih rumit,” katanya.

“Bahkan Shah Rukh Khan pun boleh ditahan di lapangan terbang AS, apatah lagi dengan nama Saddam?” soalnya.

Namun, usahanya untuk menukar nama kepada Sajid juga membawa pelbagai cabaran lain.

Semua dokumen peribadi kini di bawah nama Sajid, termasuk pasport, identiti pengundi dan lesen memandu namun dia menghadapi masalah untuk menukar nama pada sijil pendidikan dan sijil universiti.

Ekoran itu, Saddam terpaksa bertemu pelbagai pihak, antaranya Lembaga Pusat Pendidikan Menengah (CBSE) dan seterusnya ke mahkamah tinggi Jharkhand dengan rayuan untuk mengarahkan CBSE untuk menukar namanya.

Sikap menyalahgunakan sistem untuk penukaran nama menyebabkan mahkamah terpaksa bertindak secara berhati-hati dalam hal Saddam.

Mahkamah menetapkan 5 Mei akan datang sebagai tarikh pendengaran.

Saddam masih menghormati datuknya tetapi menganggap apa yang dilaluinya sebagai kesilapan beliau yang kini menyebabkan hidupnya masih tidak dapat berpaut kepada satu pekerjaan yang tetap.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments