Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Tiket konsert jelajah Salman Khan bernilai RM2,222 paling laris

 | March 20, 2017

Konsert Jelajah De Bangg akan turut disertai bintang Bollywood yang lain seperti Prabhu Deva, Tammanah, Bipasha Basu, Baadshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

de-bangg

fmt-ohsem-inside-article1Nak jumpa aktor seksi dan kacak Bollywood, Salman Khan? Jom ke Konsert Jelajah De Bangg Malaysia 2017 pada 14 April ini di Pusat Konvensyen Pameran & Antarabangsa Mines.

Tetapi kalau mahu menonton sambil menjamu selera, mana tahu kalau-kalau Salman Khan datang menyuap, dan menyertai majlis khas bersama bintang itu selepas konsert, belilah tiket pakej Sultan yang berharga RM2,222, tawaran istimewa bagi Jelajah De Bangg.

Jangan risau, kalau tak mampu, pihak penganjur, GHC Solution Sdn Bhd (GHC) turut menyediakan tiket pelbagai harga bermula dari serendah RM111.

Menambah nilai kepada konsert jelajah Salman Khan, beliau akan turut diiringi bintang Bollywood yang lain seperti pelakon, penari dan pengarah filem Prabhu Deva, pelakon wanita Tammanah dan Bipasha Basu, Baadshah, Manish Paul dan Daisy Shah yang pernah berlakon dengan Salman dalam filem Jai Ho.

Menurut Pengerusi GHC, Datuk Geetanjali G, Malaysia adalah negara pertama siri jelajah tersebut sebelum ke Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne.

“Kita bertuah kerana konsert ini diadakan di Malaysia tanpa melibatkan negara jiran yang lain. Ini menjadi tarikan sehingga kebanyakan tiket pakej Sultan yang berharga RM2,222 paling laris terjual bukan saja dalam kalangan peminat tempatan tetapi juga luar negara,” katanya ketika ditemui FMT Ohsem.

Ketua Pegawai Eksekutif GHC Solutions, Datuk Jasbeer Singh berkata, hampir 90% daripada 506 kerusi tiket Sultan yang berharga RM2,222 habis dijual dalam kalangan peminat dari negara jiran seperti Indonesia dan Singapura selain Bangladesh, Nepal dan tentu sekali Malaysia.

Dengan tempoh persembahan sekurang-kurangnya 3 jam, Salman Khan dan krew bakal menghiburkan peminat dengan lebih 40 persembahan lagu dan tarian dan mungkin beberapa elemen kejutan lain.

“Ini bakal menjadi konsert Bollywood yang paling besar pernah dianjurkan di Malaysia sebelum ini. Kami memberi jaminan konsert ini akan memberi persembahan paling memukau pernah anda tonton,” tambah Jasbeer.

Dalam pada itu Geethanjali juga ada menyebut mengenai penyertaan artis tempatan yang masih dalam perbincangan.

“Kita pasti akan beri peluang kepada artis tempatan. Buat masa ini biarlah ia menjadi kejutan semasa persembahan,” jelasnya.

Selain pakej Sultan, konsert jelajah turut menawarkan tiket berharga RM999 bagi Zon Da Bang, RM777 (Zon Jai Ho), RM555 (Zon Ready), RM333 (Zon Kick) dan RM111 (Zon Entry).

Kalau tak mahu melepaskan peluang menonton konsert tersebut, layari laman web, www.AirAsiaRedtix.com atau  www.facebook.com/Dabangtourkl.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments