Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Duterte antara 100 orang paling berpengaruh 2017 Time

 | April 21, 2017

Bagaimanapun nama Rodrigo Duterte tidak dipastikan sama ada membabitkan pengaruh positif atau sebaliknya.

Rodrigo-Duterte-timefmt-ohsem-inside-article1Sekejam-kejam tanggapan segelintir rakyat Filipina dan pemimpin beberapa negara dunia terhadap Presiden Rodrigo Duterte, dia juga yang terpilih sebagai salah seorang daripada 100 manusia paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time.

Pembaca majalah itu membelakangkan Pope Francis, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Vladimir Putin dari Russia dan Xi Jinping dari China serta Bill Gates dari Microsoft dan Mark Zuckerberg dari Facebook dalam pemilihan ini.

Dalam satu pengumuman tidak rasmi oleh majalah itu, Duterte dipilih mendahului senarai 2017 TIME 100 yang ditutup pengundiannya pada Ahad lalu.

Pengundian itu meminta pembaca menamakan seseorang yang diakui berpengaruh sepanjang tahun, namun nama Duterte tidak dipastikan sama ada membabitkan pengaruh positif atau sebaliknya.

Time juga membuka kategori “Person of the Year” bagi menamakan individu yang memberi kesan kepada acara dunia, tidak kira baik atau buruk.

Antara pilihan kontroversi yang dinamakan ialah ketua pengganas, Osama bin Laden dan Adolf Hitler.

Duterte yang dipilih sebagai presiden Filipina pada pilihan raya Mei lalu, berikrar akan menghapuskan dadah dan rasuah di negara yang mempunyai 100 juta populasi itu.

Lebih 8,000 suspek dadah mati sejak Duterte berkuasa dan melancarkan kempen memerangi dadah.

Satu pertiga daripada jumlah itu ditembak polis kerana melawan ketika cuba ditahan pihak berkuasa.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments