Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Captain Shrimp mendarat di Kuala Selangor, tawar makanan laut

 | April 25, 2017

Bertemakan 'Seafood Cajun', kemewahan hidangan laut di restoran terbuka yang luas di Apps Hotel itu ibarat pesta makanan untuk pelanggan.

captain-shrimp

fmt-ohsem-inside-article1Captain Shrimp Restaurant di Apps Hotel yang terletak di Jalan Kuala Selangor-Tanjong Karang menawarkan hidangan makanan laut yang amat menyelerakan.

Dengan tema ‘Seafood Cajun’, kemewahan hidangan laut di restoran terbuka yang luas itu ibarat pesta makanan untuk pelanggan. Bermacam-macam hidangan makanan laut yang boleh dipilih diiringi dengan sos Asam Pedas, Butter Lemon, Kam Heong dan Original Cajun BBQ.

Pengarah Pemasaran Apps Hotel, Kishen Sreedharan berkata, “Bersama gandingan Chef Man dan Chef Steven, kami membangunkan sebuah restoran konsep baharu bertemakan ‘Seafood Cajun'”.

“Kami mahu memastikan orang ramai mendapat tawaran yang hebat dan paling penting makanan laut itu mestilah segar bagi memenuhi konsep ‘Sea to Table’ (dari laut ke meja makan) kami, di mana semua makanan laut dihantar ke restoran setiap hari untuk memastikan kesegarannya. Kami juga bekerjasama dengan nelayan tempatan,” tambah Kishen.

Orang ramai dari Lembah Klang, sekitar Kuala Selangor dan mereka yang dalam perjalanan ke Lumut, Perak boleh berhenti di Apps Hotel untuk menikmati makanan laut yang segar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Harga hidangan di Shell Out bermula daripada RM39.90+. Hidangan tambahan lain yang boleh didapati dalam menu adalah Cheezy French Fries, Honey Chicken Wings, Calamari Rings, Butterfly Prawn dan Melawati Banana Split.

Selain itu, Coconut Prawn, Nyonya Steamed Fish, Fried Crispy Kangkong dan Homemade Pandan Chicken yang merupakan ‘signature dish’ restoran itu yang patut dicuba.

Selain pilihan makanan laut segar, tetamu hotel dan pelanggan restoran boleh meneroka warisan semulajadi Kuala Selangor dengan melihat kelip-kelip dan menaiki bot menelusuri sepanjang Sungai Selangor di belakang hotel itu.

Apps Hotel, yang beralamat di 12, Jalan Peninsula Utama 1, Peninsula Park, yang terletak di Jalan Kuala Selangor-Tanjong Karang, dibuka untuk perniagaan pada 2013. Ia mempunyai 100 bilik dengan harga bermula dari RM65+ untuk satu malam.

Tempahan bilik atau restoran boleh dibuat dengan menghubungi 03-32772172 atau melayari laman sesawang di www.appshotel.com.my atau Facebook / APPSHOTEL.

Pemanduan ke hotel itu mengambil masa kira-kira 45 minit dari Lembah Klang melalui Lebuhraya Kuala Selangor yang juga dikenali sebagai Latar Expressway.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments