Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Pelajar OKU buta terima anugerah selepas catat keputusan STPM terbaik

 | May 19, 2017

Mahavithya, adalah satu-satunya pelajar kelainan upaya di sekolah yang terpaksa menggunakan sistem braille untuk belajar.

stpm-blindpeoplefmt-ohsem-inside-article1Seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang buta membuktikan kecacatan tidak menjadi halangan untuk beliau melakar kejayaan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

A. Mahavithya, 22, dari Kolej Sri Putra di Banting, Perak walaupun buta kedua-dua belah matanya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.9 dalam peperiksaan STPM baru-baru ini, menjadikannya sebagai antara pelajar cemerlang OKU di negara ini.

“Saya adalah satu-satunya pelajar kelainan upaya di sekolah, jadi saya terpaksa menggunakan sistem braille untuk belajar.

“Saya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan bertekad untuk melakar kejayaan seperti rakan-rakan saya lain dalam kelas,” kata Mahavithya.

Mahavithya yang tinggal bersama kakak iparnya selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia ketika masih kecil, menghargai dan berterima kasih kepada keluarga terdekat beliau yang telah membesarkannya dan memberi pendidikan kepadanya.

Ketika ditanya sama ada beliau memohon untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan wanita yang kecil molek itu berkata, beliau telah menghantar permohonan ke beberapa universiti awam untuk menyambung pengajian dalam bidang perguruan dan sedang menunggu penempatan.

“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ijazah dalam perguruan kerana harapan dan cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang guru, saya juga mencintai bahasa Melayu dan ingin menjadi guru Bahasa Melayu,”tambahnya.

Seorangh lagi pelajar cemerlang, P. Kunasegaran, 18, yang mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini bekata kunci kejayaan dalam peperiksaan ialah melalui keseimbangan.

“Untuk berjaya, anda perlu tahu bagaimana untuk mengimbangi pelajaran dan aktiviti tambahan kokurikulum. Sebelum hari peperiksaan, saya memutuskan untuk memberi tumpuan lebih kepada semakan dan kurang aktiviti kokurikulum,” kata Kunasegaran, pelajar SMK Tinggi St.David, Melaka.

Kira-kira 37 pelajar kaum India dari seluruh negara semalam diberi penghormatan pada Anugerah Pelajar terbaik SPM dan STPM Kaum India MIC yang diadakan di ibu pejabat parti.

Majlis makan malam itu dirasmikan oleh Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments