2 wanita saling tumbuk hingga tudung terkoyak
Rakaman menunjukkan seorang wanita menumbuk wanita lain di muka serta mengoyakkan tudungnya.
Satu pergaduhan besar yang meletus di pusat membeli-belah terbesar di UK meresahkan pelanggan yang berada di situ.
Serangan, berlaku pada 8.00 malam waktu tempatan pada minggu lalu di O2, Meadowhall di Sheffield dan dirakam oleh seorang pelanggan dari tingkat atas.
Ia melibatkan 2 kumpulan wanita yang saling menumbuk sehingga tudung yang dipakai seorang wanita terkoyak.
Serangan itu diperhatikan orang ramai ekoran bunyi bising jeritan sesama mereka dan pergaduhan yang berterusan sehingga beberapa lama.
Yang dipersoal ialah, tiada seorang pun pengawal keselamatan yang hadir mententeramkan atau mengawal situasi.
Rakaman itu menunjukkan seorang wanita menumbuk wanita lain di muka serta mengoyakkan tudungnya.
Turut kelihatan ialah beberapa kanak-kanak yang berdiri ketakutan dan memerhatikan wanita lain ditumbuk dan diseret ke lantai dengan menarik rambutnya.
Rakaman itu ditonton lebih 45,000 kali di Facebook.
Sungguhpun cuba dikawal pelanggan lain, wanita penyerang itu segera bergegas ke arah wanita lain dan menyerangnya dengan menarik rambut.
Dia memegang wanita itu semasa rakannya menumbuk beliau dan menjatuhkan mangsa.
Mangsa yang dipukul cuba membalas serangan dengan berpaut pada kakinya bagaimanapun beberapa pelanggan berjaya mengelak keadaan daripada menjadi lebih buruk.
Dua wanita dibawa keluar tetapi salah seorang daripada mereka kembali dan cuba menyerang lagi.
Dia dihalang beberapa lelaki dan seorang pembantu kedai wanita.
Seorang lelaki muda dilihat cuba mendamaikan salah seorang wanita itu dan mereka akhirnya meninggalkan himpunan itu.
Kejadian ini menyebabkan Meadowhall menerima kritikan negatif termasuk ada pelanggan yang mempersoal bagaimana mereka akan bertindak balas sekiranya berlaku serangan pengganas.
Daily Mail melapor, Meadowhall dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudahpun mengumumkan kejadian tersebut kepada pihak polis sebaik serangan itu tercetus dan kes tersebut di bawah selian pihak berkuasa.
Meadowhall adalah salah sebuah pusat membeli-belah terbesar di UK, mempunyai lebih 230 kedai dan menerima 25 juta kunjungan setahun.
https://www.youtube.com/watch?v=Y6JBto6fles
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Kredit: Belajar System