Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

27 kanta lekap ‘terperangkap’ dalam mata wanita

 | July 17, 2017

Doktor mengeluarkan 17 kanta yang lekat sesama sendiri dan 10 lagi kanta secara asing.

contact-lensefmt-ohsem-inside-article1Kira-kira 27 kanta lekap terperangkap dalam mata seorang wanita.

Wanita England berusia 67 tahun itu langsung tidak menyedari perkara itu sehinggalah dia dimaklumkan doktor ketika melakukan pemeriksaan mata.

Pakar bedah mata, Rupal Morjaria di Hospital Solihull berkata ini merupakan insiden pertama yang dilaluinya.

Doktor dan wanita itu ternyata terkejut dengan penemuan yang dilakukan ketika pemeriksaan ujian pembedahan katarak.

“Kami mengeluarkan 17 kanta yang lekat sesama sendiri dan 10 lagi kanta secara asing. Saya tidak pernah melihat perkara sebegini.

“Peliknya pesakit langsung tidak menyedari perkara itu,” katanya.

Wanita itu pula berkata, dia tidak tahu ke mana kanta lekap yang digunakannya hilang selama ini.

“Saya ada rasa tidak selesa tetapi saya fikir ia kerana mata yang kering dan usia saya,” katanya yang kini terpaksa menangguh pembedahan katarak ekoran risiko tertentu yang boleh membahayakan penglihatan pesakit tersebut.

Menurut Rupal, perkara ini boleh berlaku disebabkan ketidaksedaran pesakitnya yang mungkin memakai kanta lekap buat tempoh masa yang agak lama.

Wanita itu memakai kanta lekap tersebut sejak 35 tahun lalu dan tidak berjumpa doktor mata mengikut temujanji.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments