Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Lagu ‘I am me’ Vida buat semua orang ‘happy’

 | July 17, 2017

Daripada benci kini, semua orang sudah mula berzikir lagu yang dikatakan membawa aura gembira dan kelakar.

VIDEO INSIDE

dato-vidafmt-ohsem-inside-article1Mula-mula semua ketawakan usaha beliau. Sekarang, buka sahaja laman sosial, pasti terjumpa perkongsian lagu beliau di dalam newsfeed kita.

Begitu popular dan viral lagu nyanyian Datuk Seri Vida (DSV), berjudul “I Am Me”.

Cara lagu itu disampaikan sangat “catchy”, ditambah pula dengan persembahan bersahaja gelek ringan Vida yang amat menghiburkan. Tidak dilupakan lirik lagu yang ala-ala comel, ternyata menjadi faktor yang membuatkan semua orang tertarik.

Muat naik lagu tersebut oleh KRU Music dalam laman Youtube menunjukkan ia ditonton lebih 256,000 kali tidak termasuk perkongsian dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya yang dikatakan mencecah lebih sejuta kali tontonan.

Daripada benci kini, semua orang sudah mula berzikir lagu yang dikatakan membawa aura gembira dan kelakar.

Netizen bernama, Azry Wafiq berkata Vida sebagai ahli perniagaan yang paling happening, manakala Rohaizad Izad pula menyifatkan ia sebuah lagu yang terbaik daripada Vida.

“Yang korang pun tahu menghina sahaja, cubalah support DSV,” katanya.

Bukan itu sahaja ramai yang akui lagu itu “sudah melekat” dalam minda mereka dan tidak dapat lalui rutin harian tanpa mendengarnya.

Dalam pada itu, lagu “I am me” juga dimainkan di rumah terbuka Hari Raya dan dalam kalangan artis termasuk di rancangan televisyen seperti Melodi saban hari….”

“Ada aura positif dengar lagu ini”, “Lagu ini lebih baik dari PPAP”, “Seronok dengar lagu ini, boleh guna untuk Zumba”, begitulah antara respon baik yang dikongsi netizen dalam ruang komen Youtube lagu tersebut.

Keratan lirik, “I am me…. I am me… I am I am I am me…” yang diulang beberapa kali dalam lagu itu juga agak popular kerana ramai yang akui mendengarnya sebagai “Ayam Mi”.

Perkataan-perkataan yang menarik perhatian pendengar dalam lagu itu ialah, “meow”, “muah” dan “sayang, sayang, sayang” kerana ia dilihat sangat sinonim dengan perwatakan dan personaliti beliau sendiri.

Tidak dinafikan lagu itu juga ditroll oleh pengguna laman sosial yang tampil dengan meme tersendiri dalam bentuk muat naik status, kapsyen bergambar dan video.

Apapun ambil yang keruh buang yang jernih.

Memetik laporan media tempatan pula, pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41, berkata, “I Am Me” berjaya menjadi fenomena viral dan ternyata menampakkan hasil.

“Sememangnya tujuan utama untuk lagu itu menjadi viral sebab Datuk Seri seorang yang suka benda-benda yang menarik perhatian,” petik kata beliau.

Minggu lalu, trailer single sulung Vida dimuatnaik dalam platform digital dan menerima respon bercampur.

Namun selepas lagu penuh dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu, ia terus diterima secara meluas.

Muzik video penuh lagu tersebut boleh ditonton pada awal Ogos depan, jadi nantikan penyampaian yang lebih “vouge”.

Kredit: KRU Music


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments