Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Netizen benggang video ‘sentuh tangan’ adik pelakon Daler Yusof

 | July 17, 2017

Sherzod dikatakan mencemari nama baik Islam kerana menyentuh tangan seorang wanita bukan mahram tanpa kebenaran.

VIDEO INSIDE

sentuh-tangan-sherzodfmt-ohsem-inside-article1Kalau beberapa minggu lepas si abang, pelakon kacak dari Uzbekistan, Daler Yusuf menjadi bahan berita selepas terpegang dada seorang pelakon wanita ketika penggambaran, hari ini giliran adiknya pula.

Adiknya, Sherzod Yusuf dikatakan mencemari nama baik Islam apabila video yang dikongsi di laman Instagramnya menunjukkan beliau menyentuh tangan seorang wanita bukan mahram tanpa kebenaran.

Video itu dikecam teruk oleh netizen yang akui ia bukan cara kita “Islam” dan menjejaskan reputasi dirinya termasuk wanita yang disentuh itu.

“This time we tried #HandTouchingPrank to Malay girls
Watch full video to see pretty girls reaction and their BF check my YouTube channel. Or just link to my bio. Corporate video with @zackj_tv. Don’t forget to subscribe our channel. Cheers,” tulisnya pada laman Instagramnya.

“Kali ini kami mencuba aksi prank sentuh tangan gadis Melayu. Tonton video penuh untuk melihat reaksi gadis cantik dan teman lelaki mereka di saluran Youtube saya. Atau paut pada bio saya. Video korporat dengan @zackj_tv. Jangan lupa melanggan saluran kami. Cheers,” alih bahasa status tersebut.

Dia kemudian diserang bertalu-talu oleh netizen yang mengikutinya di laman sosialnya.
“Ia haram di sisi Islam. Kamu tak tahukah @sherzod_yusuf ???” tanya khairiizatamir.”
Yes i know its prank, tapi tak mintak permintaan, nak pegang pegang, tu pun nasib baik kena orang yang baik, kalau kena orang panas baran, memang dah kena hempuk dengan orang.. dah jadi benda yang kita mintak jauh terjadi,” tulis izatyfaiza pula.

Lebih teruk apabila abangnya Daler juga memberi nasihat supaya tidak mengulangi perbuatan itu.
“Astaghfurillahalazim, don’t repeat it anymore. No mahram,” tulis Daler.

Ia dibalas oleh Sherzod dengan mempersoalkan abangnya yang juga menyentuh wanita ketika berlakon.
“Wow when you act touching Malay girls okay aaaa??? For me now okay ????”

Daler pula membalas, “But when I act with actress, if there is touching scene, I touch with their permission! Not like you touching without their permission. For your kind information, it’s SEXUAL HARASSMENT. They have right to sue you!”

Dan Sherzod berkata, “No they won’t sue me! After I did the prank I asked them that I can post it or not for your kind information too bit******.”

Selain itu, ramai juga cuba mententeramkan keadaan ini dengan menyatakan nasihat Daler hanyalah daripada seorang abang yang prihatin.

Malah beberapa lagi pengikut Sherzod menyatakan aksi prank itu sepatutnya di lakukan sesama lelaki supaya memberi kesan yang lebih dan tanpa mencemari kepercayaan agama.

Kelakuan Sherzod dikatakan jahil, tidak sensitif dan tidak sepatutnya dilakukan.
Manakala pengikut menggunakan nama kasrina8words pula menulis, “Drama Melayu kalau pegang-pegang pun haram juga guys.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments