Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Anggota bomba terus selamatkan kucing dalam bahaya

 | August 11, 2017

Ramai netizen memuji tindakan ahli pasukan bomba menyelamatkan seekor kucing yang berada dalam bahaya.

bomba_kucing_cat_600

fmt-ohsem-inside-article1Kejadian haiwan terperangkap dalam bahaya biasa berlaku, dan dalam situasi yang terpilih ada pihak berkuasa yang tampil menawarkan bantuan.

Terbaru dalam satu kejadian seekor kucing terperangkap di sebuah bangunan tinggi, aksi seorang ahli bomba menyelamatkannya menjadi viral di media sosial.

Pengguna Instagram Dena Bahrin yang merakam kejadian itu kemudian memuat naiknya dengan keterangan mengenai apa yang berlaku dalam video itu.

Kata Dena,dia dan rakannya terpaksa menunggu setengah jam sementara ahli bomba yang terlibat membuat persiapan.

“My friend and i waited for half an hour since abang bomba did their preparation sebab we were so eager to know whether the cat gonna make it or not. Ramai tunggu sebab risau,” petik Instagramnya.

Rakaman itu kemudian menunjukkan kucing tersebut buat “free fall” tetapi berjaya diselamatkan selepas para ahli bomba menempatkan kain rentang untuk menyambut kucing itu.

Hasilnya, Instagram Dena dihujani nota pujian yang disampaikan kepada pasukan bomba yang beraksi cekap dalam menyelamatkan kucing itu daripada terjatuh di atas tanah dan mungkin menemui ajal.

Syabas dari FMT Ohsem juga!

Bagaimanapun, ini bukanlah kes tunggal malah kejadian kucing dan anjing terperangkap serta pihak bomba menawarkan bantuan banyak berlaku tidak kiralah yang selalu dirakam atau sebaliknya.

Biar FMT Ohsem imbas kembali kejadian yang sama dan kita semua hargai jasa pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan semua kehidupan termasuk kucing, meow!

Bagan Serai, 4 April 2017
Anggota bomba menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap pada lubang ekzos kereta yang tersimpan dalam sebuah rumah di Jalan Gula Simpang Empat, Semanggol. Pegawai Bomba (PB) Nazrizal Abu Samad yang mengetuai operasi itu segera menggunakan alat pemotong khas dan mengambil masa lebih 5 minit bagi mengeluarkannya dengan selamat.

Miri, 20 Jun 2017
Pasukan bomba menyelamatkan seekor kucing yang melecur teruk dalam kebakaran unit perumahan pekerja di sebuah kilang di Kuala Baram. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Superitendan Law Poh Kiong berkata, pemilik haiwan peliharaan berkenaan masih mahu membelanya walaupun kesemua barang kepunyaannya musnah dalam kebakaran.

Seremban, 7 Julai 2017
Seekor kucing memasukkan kepala ke lubang di periuk nasi sehingga ia tak dapat keluar semula. Anggota bomba yang dihubungi jugalah yang akhirnya menyelamatkan si kucing dengan membawanya ke balai bomba.

Nilai, 8 Oktober 2016
Pasukan bomba memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada seekor anak kucing dan berjaya menyelamatkannya. Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Siti Noraini Ab Rashid berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki 40-an mendakwa anak kucing miliknya terperangkap dalam saluran paip sinki dan dikhuatiri lemas.

Anggota bomba bergegas ke Nilai Impian bagi menawarkan bantuan menerusi khidmat khas yang mangambil masa 30 minit untuk mengeluarkan anak kucing yang terperangkap itu. Kucing yang dibawa keluar tidak bergerak menyebabkan ia ditawarkan bantuan CPR.

Kuching, 13 November 2016
Seekor kucing yang tidak dapat turun dari pokok kelapa sejak 2 hari lalu menyebabkan seorang lelaki bertindak menghubungi bomba untuk membantu. Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya segera dihantar ke lokasi di Kampung Tabuan Dayak bersama sebuah jentera. Kucing berwarna putih didapati berada di atas pelepah kelapa pada ketinggian kira-kira 10 meter dan berjaya diselamatkan.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments