Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Kisah dikejar lelaki, cuba sumbat sesuatu dalam beg di KLIA

 | August 18, 2017

Makcik saya pernah berdepan seorang lelaki yang cuba memasukkan suatu bungkusan dalam beg tangan mereka.

airportdrug

Semalam, saya bergegas ke kedai foto bersama 2 makcik saya untuk mengambil gambar dan imbas pasport mereka yang akan ke India minggu depan.

Kedua-dua mak cik saya menghampiri usia 60 tahun maka kami berbual sambil saya memberi nasihat supaya berhati-hati dengan persekitaran lapangan terbang, maklumlah mereka berdua dah tua dan seorang daripada mereka kurang sihat.

Tapi saya tak menasihati secara lanjut kerana mereka berdua secara peribadi pernah alami detik hitam ketika berada di KLIA beberapa tahun lalu.

“Kakak, kalaulah saya tak heret kamu dan jerit minta bantuan polis, entah-entah kamu dalam penjara. Dah keluar ke tak? Mungkin tidaklah kerana undang-undang kita sangat ketat kalau ia melibatkan kesalahan berkenaan dadah dan mungkin bungkusan itu adalah dadah,” kata mak cik bongsu.

Benar, kedua-dua makcik saya pernah berdepan seorang lelaki asing yang cuba memperdaya mereka dengan cuba memasukkan sesuatu bungkusan dalam beg tangan mereka.

Kedua makcik saya yang mungkin kelihatan seperti orang tua “nerd” pada mata si pelaku hampir menjadi mangsa.

Nasib baik, tiada apa yang berlaku, kecuali lelaki itu akhirnya ditahan polis lapangan terbang.

Mengenang kisah itu, sebenarnya pada waktu itu mereka baru sahaja pulang dari lawatan ke Sri Lanka dan berada di KLIA untuk “clearance” daripada pihak imigresen.

Sementara itu mereka berjalan untuk shopping dan tiba-tiba diserbu seorang lelaki yang kelihatan seperti “mat salleh”.

Menurut makcik saya, lelaki yang menyerbu mereka memegang sebuah beg di sebelah tangan dan sebuah bungkusan di tangan yang satu lagi.

“Saya syak kamu. Buka beg tangan, saya syak kamu. Cepat buka beg…,” perbuatan dan gerak badan lelaki itu sangat menakutkan mereka, mujur makcik bongsu saya yang kerap berjalan dapat mengendalikan situasi itu secara tenang dan jelas.

Dikejar rapat dan didesak secara berterusan, meminta mereka membuka beg, makcik saya berpaling dan menjerit kepadanya semula dalam Bahasa Inggeris.

“Siapa kamu? Kamu polis atau pegawai? Jangan dekati kami,” katanya sambil mencari kalau-kalau ada orang yang boleh membantu.

Dia juga cuba meminta bantuan dengan menjerit memanggil “sekuriti dan polis”, menyebabkan lelaki itu beredar dalam keadaan cemas.

Mereka berdua segera berjalan ke arah kaunter imigresen dan menyaksikan lelaki itu diheret oleh beberapa pegawai polis lapangan terbang.

Namun kerana takut dan gentar, kedua-duanya segera beredar dan tidak mengambil tahu apa yang terjadi kepada lelaki itu.

Insiden yang terjadi lebih 10 tahun lalu itu masih “hijau” dalam memori mereka dan kami sekeluarga.

Ia juga menjadi pengajaran supaya tidak terjerat atau terpedaya dengan sesiapa sahaja, biar berwajah simpati atau garang, menangis atau mengarah, tua atau muda, jangan terpengaruh.

Jika anda seorang yang lanjut usia, nampak “nerd” atau kelihatan seperti mangsa yang mudah ditipu, maka ekstra hati-hati.

Ini cerita 10 tahun dulu, entah apa lagi taktik kotor yang digunakan pada masa kini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments