Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

Leisure Home LBoard

Cuba selesaikan kiraan matematik sekolah tadika ini

 | August 22, 2017

Pengiraan ini memerlukan pelajar menggunakan pendekatan memerhati pada objek fizikal dan gambar bagi menyelidik kiraan matematik yang terlibat dan mengembang kemahiran penyelesaian masalah.

takateki

fmt-ohsem-inside-article1Apabila ada orang mencabar kita selesaikan sesuatu teka-teki, permasalahan atau kira-kira, kita pasti teruja untuk melakukannya, bukan?

Jadi hari ini FMT Ohsem mahu mencabar anda selesaikan 5 permasalahan di bawah.

Walaupun nampak sukar, permasalahan yang dikongsi ini sebenarnya pengiraan yang digunakan untuk kanak-kanak tadika.

Ya, kanak-kanak tadika yang berusia 6 tahun!

Jika anda berjaya menyelesaikannya, maka anda mungkin mengikuti teknik pembelajaran matematik kaedah Asia yang mendidik kanak-kanak menjadi lebih analitikal dalam menyelesai sesuatu masalah.

Apa, anda juga belajar di negara Asia tetapi tak pandai selesaikannya?

Menurut laporan Daily Mail, lebih banyak sekolah di Britain mula menggunakan kaedah pembelajaran matematik di Asia supaya dapat melatih anak mereka agar memiliki pemikiran yang lebih tajam.

tekateki3Pengiraan yang dikongsi ini memerlukan pelajar menggunakan pendekatan memerhati pada objek fizikal dan gambar bagi menyelidik kiraan matematik yang terlibat, selain menimba ilmu untuk mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah.

Contoh soalan yang dikongsi ini dihasilkan oleh badan kurikulum bebas, Tes yang menyediakan pembelajaran untuk pelajar tahun 1 hingga 6.

Tes melancarkan koleksi pembelajaran matematik untuk membantu lebih banyak sekolah yang mahu menggunakan kaedah pembelajaran Shanghai dan Singapura.

jag-Ya, pembelajaran teknik Asia yang dimaksudkan ini rata-ratanya digunakan di Singapura dan Shanghai.

Berkongsi pendapat mengenai teknik yang digunakan, Pembantu Ketua Sekolah Primrose Hill Primary School di London, Laura Beeson berkata, “Kami masih di peringkat awal dalam perjalanan penuh mencabar.”

Bagaimanapun beliau akui tidak boleh sewenang-wenangnya mengguna pakai pendekatan Shanghai kerana sistem pendidikan di negaranya berbeza.

“Perbezaan yang dimaksudkan merangkumi sistem pendidikan dan budaya. Ia tertakluk kepada pengajar untuk mempertimbang dan menilai kaedah yang sepatutnya digunakan dalam persekitaran sekolah di UK,” katanya.

Berikut soalan penyelesaian masalah yang dikongsi dan jawapannya. Kalau boleh buat, kongsi langkah kerjanya dengan kami ya!


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments